bunga

My Blog List

Friday, October 7, 2016

Si Dia My Sweet Sour


Keheningan pagi ini memang mendorong untuk aku tidur .. kalau tak mengenangkan dah janji dengan Hadi,dah lama aku tidur balik..masa cuti semester inilah untuk aku liburan..lepas subuh boleh tidur balik..bangun tidur time matahari nak naik..fuh!!!!heaven betul rasanya..
Tertanya - tanya siapa Hadi?Hadi teman rapat aku , dah lima tahun mengenalinya..seorang yang menjadi kegilaan di kalangan pelajar pelajar perempuan di sekolah,tapi dia masih tak ingin komitmen..pendek kata still single available..hah menyampah aku.
Aku pulak???Nama memang molek "Nur Jannah Ahlami" ber erti cahaya syurga impianku..tapi aku seorang yang kasar, apa saja kerja kerja orang lelaki memang aku teringin nak buat..zaman kecil aku , aku lebih suka ikut abah ke kebun untuk kait buah sawit , walaupun bukan aku yang kait , tapi aku suka , paling tidak aku akan tolong buang pelepah yang besar2 tu..bila dah siap,ajak abah beli aiskrim kat kedai yang aku suka tu..ah..kenangan itu memang tak boleh di lupakan,sampai sekarang pun kadangkala tolong abah jugak,cuma sekarang abah dah tak berapa kuat mcm dulu,jadinye semua urusan tu telah di upahkan.


"Nur!!" ...laung Hadi , dah sampai mamat ni , ingatkan lambat lagi,berjanggut aku tunggu,dah siap throwback kisah lama dah.



"Nur,singgah padang jom,ada team nak fight bola baling ni,lama dah tak turun ni.." ,"Oii..awat tak habaq awal2,ko tgok ar aku punye dressing ni,celah mana nak main bola baling??,apasal kau janji dengan diorg tapi kau tak tanye aku dulu????adoyai..mamat ni aku selidi baru tau",resah aku fikirkan perangai budak sorang ni,kang ad yang makan tapak kasut kang..

"Ala Nur,ok pe..dressing ko bukan macam pompuan sangat pun hari ni,aku tengok tak teruk sangatlah..boleh di maafkan lagi..hehe janganlah marah aku,budak budak dah tunggu tu..",ini yang buat aku tarik muka ni..
"Oii Hadi,aku pakai jeans nie..agak2 lah.." , terus aku tepuk bahu dia..
"Tak ape Nur , kau pakai baju aku lah,ada spare kat belakang,aku dah hanger,tracksuit nanti kita beli sat kat kedai amoi tu,aku belanja..ok??",Hadi mengenyitkan mata dan macam biasa dia buat muka seposen untuk mintak simpati kat aku..
"Kau ada kurap tak?karang xpasal2 berjangkit dengan aku,hehe",
"Hello..i'm clean ok , baju tu aku dah basuh kat dobi lah..jangan risau,no infection!",kami matikan perbualan dan aku kenalah cepat nak ganti baju ,ini semua Hadi punya hal..suka sangat bagitau benda2 mcm ni last minute..ishh..nyusahkan aku betul!!
"Ha!!merungut..tak baik merungut..",Hadi tarik tudung aku bila dia nampak aku membebel sorang2,malas aku nak layan.

Kelihatan di tengah padang pemain2 dah menanti kehadiran kami,pihak lawan juga dah tiba,besar pulak baju Hadi ni,nak tak nak kena lah pakai,kalau tak takkan nak pakai dengan blouse aku tadi..dah jadi pelik pulak.


"Wei..start kul bp game?",dik cu bersuara,team kami ni campur2,ada 6 pemain lelaki 5 pemain perempuan,budak kat sekolah call us "group Otai",walaupun kami campur2 tapi kami tak melebihi batas2 islam..inshaa Allah masing masing masih beringat,cuma kami memang rapat!,sesiapa tengok confirm iri hati..


Cuaca masih pagi,memang tenaga fresh bila nak fight dengan kampung sebelah,perlawanan kami bermula..memang seronok,nampaknya kami mendahului dengan 2 - 0 , gandingan aku dan Hadi memang memantapkan serangan,rakan rakan yang lain pun hairan nampak kami amat serasi.Ada berbaki 15 minit perlawanan ,tiba tiba...


"Aduh!!,wei..tolong wei..kaki aku kejang ni..aduh!!!break2",aku mengalihkan pandangan ke arah suara itu,terlihat Hadi terbaring di hujung padang sambil memegang pehanya.Aku menggunakan bahasa isyarat ke arah pengadil supaya memberhentikan perlawanan.

Segera berlari ke arah Hadi yang terbaring.
"Wei..wei..kau dah kenapa ni?kau ok x?",kelam kabut aku,biasanya aku tahu apa yang perlu aku lakukan memandangkan aku memang di dalam bidang itu , aku merupakan pengerusi dalam persatuan Bulan Sabit Merah,tapi kali ini oleh kerana kawan aku yang paling rapat ni yang kena,aku langsung jadi kosong,yang aku tahu aku risaukan dia sangat ketika ini,walaupun kekejangan itu perkara biasa,tapi...entahlah,sukar untuk dijelaskan perasaan aku ketika itu,yang dia pulak asyik mengaduh tak henti-henti,kemudian datang seseorang dari pihak lawan,"kenapa ni?",sapa mereka,"kekejangan",aku jawab pendek.."senang je tu..meh..luruskan kaki dia,pastu angkat",aku pulak jadi macam lembu di cucuk hidung ,menurut je apa yang di arahkan asalkan Hadi sembuh! ,aku segera sambut tangannya dengan niat dapat membantunya bangun,tiba-tiba dari raut wajahnya aku dapat lihat dia senyum..Terus aku lepaskan genggaman tangannya dan tangan dia di sambut oleh pihak lawan untuk bantu dia berdiri.Dalam hati aku kata dia mesti nak sakat aku lagi...eeeiiiii tak guna betul Hadi ni..sebel!
Aku terus berlalu tinggalkan mereka di tengah padang,malu bukan kepalang,walaupun aku rapat dengan Hadi,aku tak pernah pun sentuh dan pegang tangan dia,dia pun macam tu jugak..

Hadi kejar aku dari jauh "Nur ! Nur ! ",terdengar teriakannya dari tengah padang , akhirnya dia berjaya kejar aku.Aku masih geram dengan dia,geram campur malu,macam nak sorok muka kat bawah meja,kalut bagai nak gila,rupanya dia kenakan aku..tak patut betul!


"Nur! pandanglah aku,i'm sorry okay",dia cuba memaut tanganku sekali lagi,namun dengan pantas aku mengelak.."sudahlah tu Hadi! tak baik kau malukan aku depan mereka tadi"
,

"Janganlah marah Nur,acctually tadi memang aku kekejangan otot,tapi aku tak sangka pulak kau care sampai macam tu,pastu sampai tak tau nak buat apa dengan aku..kau risaukan aku betul ye?",nampaknya dia sedang serkap jarang aku , sudah tentu lah aku risau,menyut betul lah dia ni,dia kan sahabat aku,yang aku marah sebab aku sendiri pun tak perasan bila aku paut tangan dia."kau marah sebab kau paut aku tadi ya?",dia masih cuba untuk bercakap dengan aku."Kannn?tapi kan aku ingatkan perempuan ganas macam kau ni,tangan kasar,tapi lembut jugak ea?",kelepuk!! automatik aku tepuk bahu dia dan gelak terbahak-bahak sampai muka Hadi naik hairan..hehe..padan muka dia.

"Sudahlah tu!..haha..lawak ar kau ni,gile betul..aku kan memang pompuan haruslah tangan halus dan lembut..wakaka,bengong!dah lah jomlah balik aku dah penat ni",

"Nur..kau ada boyfriend tak???",eh sudah kenapa pulak Hadi tanya aku macam tu ,mengarut tahap nak kena sepak budak ni..
"Kau pernah rasa kasut size 7 tak?",Hadi cepat cepat berpaling sambil ketawa terbahak bahak sebab berjaya usik aku.

Aku memang pantang betul bila Hadi tanya pasal teman lelaki,tapi dia selalu nak sangat korek rahsia ,sapa teman lelaki aku..Ah! kempunan lah kau..aku ni single available okay!..Perjalanan di teruskan..seharian hang out dengan budak ni boleh jadi bebal aku..wakaka..entah berapa lama lah hubungan kami akan kekal begini ea?


Seperti yang di janji..sebelum malam dah sampai rumah..Depan pintu Hadi hantar aku..dah macam bodyguard pulak..kihkih

Tit..tit..tit...whatsapp berbunyi.."Nur!dah tido belum?","belum lah..nape Hadi?kau demam ke whatsapp aku malam2 buta ni?" , "Taklah..program esok macammana?camping kat Taman Rimba Templer tu?aku tak ada baju uniform tu..", "ohh..hal tu..aku dah prepare awal2 dah..dah tau kau mesti xde punyalah..esok aku bawak..dlm kul 7lbh aku sampai kot" , " ok lah syg..jumpe esok.. :p" , "haaaaa??ap syg???uweekkk.." , dia mengakhiri perbualan dengan emotikon gelak besar..oo suka ea..

Pagi ini kami ada program di Taman Rimba Templer , kami seramai 10 orang terlibat dalam program ini yang memerlukan kami bermalam di sana 3hari 2malam,dalam bas masing masing dah berpakat membiarkan aku duduk berdua dengan Hadi , berjaya trick diorg ye..urmmmm..
Semasa di dalam bas,kami bersembang..sampai satu tahap mata aku sudah mengantuk sangat , aku mintak izin dia nak tidur sempat aku berpesan kejutkan aku bila dah sampai.Rupa-rupanya kami sama sama tertidur,habis kami di bahan dengan budak budak yang lain..apa nak buat..tebalkan jelah muka ni.."Hadi!kan tadi aku dah kate suh kejutkan aku..asal kau tido gak?","ala..sori lah Nur...aku pun x sedar bile aku terlelap..hahaha..syok kau landing kepala kau kat bahu aku ea..ingat bantal ke?"..aku menjeling dan kelepuk!!ha kan dah kena pukul..sakat aku lagi .Sebelum turun kami bertukar jam,motif???tak tau apa motifnya..hehe

Selama di sana aku terpisah dengannya sebab kami lain kumpulan.Aku jumpa kawan baru,seperti biasa kami tukar nombor telefon , bukan niat aku untuk menjalin hubungan pun..hanya sekadar kawan..entah kenapa Hadi seperti kurang senang,sepanjang perjalanan pulang ke kampus, dia langsung tak bercakap dengan aku,whatsapp pun tak berbalas.Berlanjutan selama dua hari , akhirnya hubungan kami pulih sendiri,tetap kembali rapat.

Musim yang aman kami lalui sampai lah suatu ketika .. aku tak tau apa punca kami berpisah sebagai sahabat atau apa..senang cerita mungkin kami tidak saling memahami,tidak percaya,kebencian berlebihan..kadangkala aku terfikir sejenak apa punca kami jadi begini.Gurau senda , gelak tawa semua tiada..dua tahun ia berlanjutan..dua tahun kami tidak menyapa antara satu sama lain..selisih bahu pun kami tak bertegur..bersama dalam satu majlis pun kami tidak bertegur..


Sungguh!aku rindukan sebaris senyuman dari bibirnya..rindu gelak tawanya..segala-galanya aku rindu.Aku tak tahu sama ada dia rindukan aku atau tidak.Untuk menegurnya memang taklah..sedangkan dia lihat aku pun seolah-olah aku ini teruk sangat.Sungguh!aku tak faham dan tak mengerti semua ini.

Rasanya kali terakhir kami bergurau ketika sebelum dia kursus,ketika itu pulak aku dapat tawaran untuk sambung belajar di bidang yang lain,sebelum ini kami dalam bidang yang sama,serba serbi sama..sukan..minat..aktiviti luar kampus semua sama.Aku pun dengan rasa berkobar tukar bidang dan yang pasti kami sudah tidak sekelas.Aku terima sepucuk surat darinya dan dia meminta untuk aku melupakannya.Aku dalam kebingungan namun akur dengan keputusan itu.

Biarlah kenangan itu berlalu pergi..mungkin suatu masa nanti dia akan menjelaskan pada aku.Sejak peristiwa itu memang kami banyak bergaduh dari berdamai,maka untuk mengelakkannya lebih parah,berjauhan dan berdiam diri adalah lebih baik.Tiada lagi gurau senda darinya.

Pasti ramai yang tertanya tanya mengapa?aku sendiri pun tak tahu mengapa.Kami sentiasa bertembung dalam acara sukan yang sama tapi kemesraan itu sudah tiada.Dalam setiap acara memang kami pemenangnya.Acara yang kami masuk pun sama.Ambil hadiah masih sama tetapi untuk melihat segaris senyuman di bibirnya amatlah payah.

Ada suatu ketika batch kami ada program yang memerlukan kami bermalam di suatu tempat.Kali ini kami berlainan kumpulan,malam tu ada malam kebudayaan..biasalah program camping2 sebegini..tema malam tu pasal bola sepak...kalau tak silap demam piala dunia ketika itu.
Malam ni team pilihan yang main "SPAIN"..gempak! selalu fight dengan member gegirl sorg nie..dia sokong England,tapi time tu England dah tersingkir..so malam ni Spain punya game.Masa acara bermula aku duduk di barisan jauh daripada Hadi.Aku rasa aku tak boleh berdekatan dengan dia nanti hati aku sakit kalau dia buat tak tau dengan aku,seolah2 dia tak nampak pun aku berada di situ.Nak di jadikan cerita ada satu kumpulan tu buat lawak kat atas pentas,dah lama aku tak ketawa besar  macam tu..sambil ketawa aku toleh belakang,tak niat pun nak pandang Hadi,automatik!Hadi pun pandang aku..kami bertentang mata!tanpa senyum tapi aku dapat rasakan yang kami perlu bercakap!dari anak mata nya aku rasa ada sesuatu yang kami perlu berbincang.Lama kami bertentang mata dan akhirnya aku mengalah,aku tak boleh nak pandang dia lama2..hati aku sayu! berbulan2 kami tak bertegur sapa.
Berita sedih pun sampai malam ni,Spain pun kalah dan tersingkir..Hadi berbisik di belakangku ketika acara berakhir.."jangan sedih..5 tahun lagi Spain menang"..perbualan terhenti di situ..dia berkata tanpa memandang wajah aku pun.Dalam hati terkejut..tapi kami berdua tetap membisu sehingga majlis berakhir..

Keesokkannya,riadah pagi aku bersama pelajar lain bermain bola keranjang , Hadi juga ada tapi dia hanya merenung dari jauh , tetiba aku di tolak pihak lawan..terus jatuh! aduh!sakitnya lah..tanpa bantuan sesiapa aku meninggalkan gelanggang.Minggu sukan bermula selepas aktiviti perkhemahan.

"Himpunkan kenangan indah..simpanlah senda gurauan andainya kau kerinduan itulah jadi penawar"..lagu memori berkasih berkumandang..hurm..aku dan Hadi tak pernah pun bercinta tetapi mengapa perpisahan ini sangat menyakitkan..adakah dia pun rasa apa yang aku rasa?baru-baru ini kami bertembung , hampir beriringan menuruni anak tangga namun aku mempercepatkan langkah,aku tak sanggup bertentangan dengan matanya yang begitu bencikan aku..selangkah aku menuruni tangga kedengaran suara halusnya mendendangkan lagu memori berkasih.."himpunkan kenangan indah..."langkahku terhenti dan segera menoleh..di matanya tiada kebencian tetapi ada sesuatu yang tak dapat di ungkapkan..adakah kami sama-sama ego?mungkin , aku pernah sekali minta penjelasannya tetapi dia tetap dengan pendiriannya tidak bercakap dengan aku walau sepatah kata pun,pandang aku pun dia tak mahu..padahal ketika itu aku berhadapan dengan dia.Sejak itu aku dah tak pernah cuba bercakap dengannya , hati aku kecewa dengan apa yang dia lakukan tanpa sebab!.

Cuti semester dah nak bermula , kampus telah mengadakan program lawatan ke Pulau Pinang , ketika ini mungkin aku sudah sedikit tenang dan berjaya melawan perasaan kecewa serta perlahan lahan menerima kenyataan yang aku dan Hadi tidak akan mungkin jadi seperti dulu..itu semua akan jadi memori terindah..inshaa Allah.
Dalam perjalanan aku rasa badan aku tidak sihat , kepala sakit,pening,mual makan pun tak selera.Ada beberapa rakan mendekatiku untuk mengubatiku tapi tetap tidak pulih dan tidak kurang,sampai satu tahap yang aku pasti Hadi jadikan kawan dia iaitu Nazri sebagai perantara,Nazri  bagi aku gula gula segar yang boleh menghilangkan rasa loya.Nazri berbisik mengatakan ia daripada Hadi,hati aku tersentuh dan terusik,tak sangka dia masih peduli tentang aku.Alhamdulillah selepas itu aku tidak lagi muntah-muntah ,aku dapat terlelap dengan lena sehingga sampai destinasi.
Dengan langkah longlai aku melangkah keluar bas,hampir hampir terjatuh kerana hilang keseimbangan,Hadi sambut untuk mengelakkan aku terjatuh.Namun tiada sepatah kata darinya,aku juga tak ingin memaksa,biarlah masa menentukan.
Sesi fotografi bermula,Nazri berbisik denganku mengatakan Hadi mahu mengambil gambar bersamaku,aku terkejut namun sedikit gembira.Kami bergandingan bersebelahan tetapi tanpa sepatah kata,hanya tersenyum antara satu sama lain.Matanya yang redup seperti ingin berkata sesuatu namun tak kesampaian.Berakhir kisah cuti semester aku yang bagi aku tidaklah teruk.Balik kampung....abah..tunggu aku balik!!!!

Setelah cuti semester habis,aku berangkat pulang ke kampus,setelah 3hari di kampus aku tercari cari Hadi,kemana dia pergi ye?rasanya aku tak pernah bertembung langsung dengan dia.Aku nekad nak tanya Nazri lah,salah satu sahabat yang dekat dengan dia sejak aku tidak lagi rapat dengan Hadi.
Aplikasi whatsapp di buka,"Assalam Naz,ini Nur,boleh Nur tanya sikit?","Yup Nur!ada apa yang Naz boleh bantu?","Rasa dah 3hari Nur tak nampak kelibat Hadi..Naz tau tak dia kat mana?dia sihat ke?","Maaf Nur,rasanya tak sesuai untuk kita bincangkan hal ini dalam telefon,boleh Naz jumpa Nur?",jantung aku berdegup rasa takut dan rasa tidak sedap hati,kenapa sampai Nazri nak jumpa aku ya?hurmmm..mungkin Hadi benar-benar telah buang aku sehingga dia tak mahu bertembung denganku."Naz..Nur setuju untuk jumpa,petang nanti lepas kelas kita jumpa di cafe ya?","baiklah Nur,nanti kita jumpa.

Dari jauh aku sudah lihat kelibat Nazri menungguku bersendirian dengan muka sugul.
Aku:Assalammualaikum Naz,maaf Nur lambat,ada urusan sikit tadi.
Nazri:Eh tak mengapa Nur,Naz tengah free ni,tak kisah tunggu lambat sikit.
Aku:Kenapa buat muka macam tu?ada masalah yang Nur tak tahu ke?last cuti semester masa kat kampung pun tak nampak Hadi dan family dia..diorg g oversea ke?
Nazri:Terlebih dulu Naz nak minta maaf kat Nur sebab rahsiakan semua ini..
belum sempat Nazri habiskan kata aku telah memintas
Aku:Kenapa?Hadi dah kawin??
Nazri:Nur...tak seperti yang Nur fikirkan,jangan fikir yang bukan2..
Aku: Jadi????
Nazri:Sebenarnya Hadi minta Naz rahsiakan semua ini daripada Nur , tapi Naz dah tak sanggup melihat dia dan Nur jadi begini,Sekarang Hadi berada di hospital sedang menjalani rawatan untuk barah otak,sekarang Hadi buat kimo kali ke 3.
Tenang sahaja Nazri memberi penerangan..sedangkan aku bagaikan halilintar menampar wajah,benarkan apa yang aku dengar ini??sungguh kah apa yang sedang di hadapi oleh sahabatku itu??ketika itu juga aku merasakan yang aku ini sahabat yang kejam!Allah..maafkan aku kerana telah buruk sangka dan membencinya untuk sekian kalinya..
Aku:Since??...(kelu lidah untuk menyambung kata..)
Nazri :maaf sekali lagi..since korang tak bertegur sapa..time tu dia masih baru lagi..keadaan memburuk bila mana dia tak nak jalani apa2 rawatan ketika itu..

Thursday, April 21, 2016

Kenangan Demi Kenangan..Kenangan Terindah!

21 April 2016
07.30 pagi..

  Nak di ceritakan...pagi ini rasa sayu tak tau kenapa..feel tu dtg sendri..hurrmmm
Bukak fb mcm biasa..terpandang satu post ni ada nama aku,Fikah n kak liza..


rupanya jiran update..dia tetibe teringat arwah wak Sur n wak ijah kedua insan ini adalah mak dan ayah aku yang telah lama pergi menghadap ilahi lbh kurang 6 thun untuk mak n 5 tahun untuk bapak .Tak sangka bapak seronok di bawak jalan2 walau hanya ke Icity..dengan anak2 tak mungkin bapak nak cerita..mungkin bapak lebih senang bercerita dengan anak muridnye...Mungkin bapak tak nak kitorg tau bapak sedih..

Nampak tak rindunya arwah bapak dekat mak?huhu x mungkin bapak nak cerita dengan kitorg..ayat dia yang menusuk kalbu   "Entah org tu(means mak),suka sangat kat sana agaknya..di tunggu2 tak balik" ...oh..menusukl kalbu..andai bapak cerita kat aku mungkin aku hanya akan menangis dn tunduk...syukur ade jiran memahami thanks to kak suzie..ayat kak suzie dan kak tanti memang pandai memujuk..
Ya betul tu kak Suzie..setahun lepas tu bapak pun ikut mak jugak..betul mungkin tanggungjawabnya di dunia ni dah lepas..pahit sedih untuk di luahkan tapi itu hakikat yang pasti di lalui..Sepanjang bapak di rumah sakit..dia tak pernah pun mengeluh..kdg2 dlm tidurnya dia tersenyum sorang2..melambai tangan..menyambut tangan..seolah2 seronok sangat dalam tidurnya..damai dalam mimpinya..bila bapak terjaga kami akan tanya bapak mimpi apa?sampai senyum2..pastu bapak akan jawab bapak tak ingat..sambil senyum2..law mimpi hantu atau seram mungkin bapak ingat.Tawanya sentiasa ada dalam dirinya alau dia sakit..walau kondisi dia sangat tak stabil.

Dengan itu aku pun post dekat group family..manalah tau diorang pun ada cerita saat2 terakhir bersama arwah mak n bapak.Seperti yang ku jangka memang mak bagi hint untk anak2nya..

Ayat abg bob saat akhir sebelum mak pergi..seminggu sebelum "Masa aku beli waja mak punya suka.Nak ke Bando(PekanTg Karang) mesti ajak..yang last paling terkilan mak nak naik kete ngn aku masa anta Apis tunang tapi tak kesampaian sbb apa aku pun lupa..bapak je yg dapat naik", :'(

#Kadangkadang kita tak mampu menjadi yang sempurna dalam hidup seseorang.Tapi kita dah cuba yang terbaik untuk orang yang kita sayang#

Sambungan cerita abg Bob "Itulah aku pun pelik masa yang last tu memang mak macam suruh anaknye balik semua,mak suh bapak sembelih ayam kpg,mak masak ungkep byk lak tu.aku tegur mak byknye mak mask,yang mak sebut..emboh2 kakak balik.."

Cerita aku??tak payahlah..dah banyak aku share dlm ni..nanti kalau aku cerita jadi macam layar semula..kali ini aku nak kongsikan cerita sedarah sedaging aku..

Cerita Amin "membonceng naik moto sport bwk mak g sepital..sampai selekoh S mak tegak je tak nak ikut ngelep..sampai sepital darah tinggi naik..masa tu mak mesti cakap..min..jangan bawak moto laju2"..

Nukilan dari Along@Zuraini.. "Along takkan lupa sampai along mati..Mak dan abah lah org tua yang anggap along dan eqal(adik along) anaknya dunia akhirat walaupun along hanyalah menantunya.....Sebelum mak meninggal along ada call mak nak bagitau along nak pindah jangkang...suara mak sedey tul time tu cam rase kalau bole jgn balik jangkanglah..mungkin tulah yang mak nak ckp tp tak terluah..mgu tu mak msk lauk byk tp xsemua blik..mak pesan utk jaga abah dan adik2..along tanya mak nk g mana?tp mak x jawab..Tak leh lupa main kejar2 dengan mak sambil bwk sapu..pastu mak nangis tgok spender alg yg lusuh sgt..sampai di ikat dengan getah..Ya Allah sangat terharu bila baring bawah rumah sama2 mak mesti senyum dan cakap along anak dia..Arwah mak along pun xpernh ckp cmtu..sbb bila along sakit along selalu teringat apa yang mak ckp tp itulah..dh xley undurkan mase..."...

Anak2 mak dan bapak ada 12 org semua tp xsemua nak kongsi cerita sebab tak sanggup nak flashback..mn2 yg rs bole flashback tu aq nk abadikan dlm nie..

Dari Kakak yg sulung pulak.."Kakak last peluk mak 25.12.2009..mlm tu dpt rezeki tidur dengan emak sbb abg mie dah tertidur dulu dan mak tak kasi kejut,sembang sampai jam 3.00pagi ,jam 7.00 pg kene bertolak balik,mak sempat buat air je dan sruruh sarapan biskut,jamah sikit sebab nak jaga hati mak..emak buat derrkkk je..tak balas pelukan dan ciuman..rasa pelikjugak..tp buat2 biasa pastu mak terus masuk..tak babai macam selalu..tunggu2 gak dlm kete mak tak kuar2..jd terus balik..
3 hari sebelum mak pergi kakak call nak sembang..mak bagi tepon kat pikah suruh sembang ngan pikah..mak kate dia busy..ckp mcm nk xnak je..sepatah dua patah..
RUPA-RUPANYA..MUNGKIN MAK SUDAH DALAM DUNIANYA YANG SUKAR KITA FAHAMI...SEDANGKAN KALA ITU PENGHUNI LANGIT SUDAH MELIHATNYA SEBAGAI ARWAH..SEMOGA SYURGA TEMPAT MAK DAN BAPAK...AAMIIN YAROBBALALAMIN..."

Maklum balas dari jiran/kawan rapat mak ibu keda kak suzie "sehari sebelum..mak jln2 rumah bibik..mcm org kebingungan..baru pukul 11 dah sibuk nak balik..kata nak masakkan bapak..sembang kelam kabut..tak pandang bibik pun..diorg sembang psal mati..mak cakap tak nak bapak mati dulu..nnti mak tak tau nk buat apa kat sawah tu...tp mak risaukan kalau mak mati..macammana org nk uruskan jenazahnya..mak kata badan mak gemuk..berat..kesian orang yang angkat..mak ckp merepek2..ntah apa2 tapi gelak2..bibik kebingungan..kt tempat mengaji mak duduk kat pintu je..pastu mak ckp dengan semua..takpe sebab mak dh nk pergi..mbohla petanda apa yg mak dapat..tu hr jumaat.."

Abg Jeman pulak..."1 minggu sebelum mak pegi..dia nk ikut aku g tanjung..shopping..happy banget siap bole gurau dengan toke kedai..klu tak silap mak nbli kain ela..warna hijau n biru..sebelum tu lama dah di ajak g tanjung mmg jarang nak ikut tp ari tu mak nak ikut..bila ditanye kesel tak?mak jawab dah sihat..siap buat lawak doktor bg salah ubat..ptt ubat darah tinggi ..tp tekanan darah rendah sgt..kitorg pun gelak2 dlm kereta..
RUPA RUPANYA ITULAH GELAK MAK YANG TERAKHIR DENGAN AKU..MS NAK BALIK SALAM..MAK TENUNG LAMA..MACAM XNAK LEPAS N AIR MATANYA BERAIR TP DITAHAN..X MCM SELALU..RENUNGAN MATA TU SAMA MCM RENUNGAN MATA BAPAK HARI TERAKHIR AKU NAK BALIK.

Dengan adik bongsu pun ada..sampai terjejas SPM dia..aku tak salahkan dia..kalau aku jadi dia belum tentu aku dapat jwb soklan pereksa..entah jadi apa tah..
Itulah suka duka dalam hidup..kenangan yg amat berharga..

Himpunkan kenangan indah..simpanlah senda gurauan..andainya kita kerinduan..itulah jadi penawar..

LOTS OF lOVE..

Anak Mak Bapak.,

Friday, March 25, 2016

Muncul setahun sekali

25.03.2016
04.25 pm

  First things..happy birthday to my lil bro Aminurashid Suradi yg bakal melangsungkan perkahwinan pada 30.04.2016 nanti.

kisah malam tadi hanya muncul setahun sekali biasenye..dan yg paling aku x suke mesti aku yg nmpak..apapun syukur lah jugak sebab nampak..law x nampak haru di buatnya..oh tidak!

Apakah itu???

 Nampak tak para tu?Para tu zaman kecik2 punya..masih dikekalkan sehingga kini..dan x sangka bende tu akan menyorok bawah tikar tu..hampir je aku n fiqah angkat mesin parut tu..Masya Allah...syukur kami x disambar dek bende tu..
 Habis lunyai di kerjakan dengan iwan
 Anak2 bulus lak main2 dengan bende ni..
Berpeluh sakan kitorg malam tu..aduhaii..Syukur Allah tunjukkan..kalau tak taulah apa nak jadi..

Terpana sekejap..para2 tu tinggi tu..mcmmnalah dia bole panjat atas tu..aduhai.. lah ulaq..


sekian..

sampai jumpa nanti.
25.03.2016
04.49 pm .

Thursday, March 24, 2016

Apa makna sebuah kesetiaan??

24 Mac 2016
01.50  pm
Sementara tunggu patient kat dalam ni keluar..lama btul kat dalam ni..xreti2 nk keluar..huhu
Waktu lunch dah berlalu..
Gambar tiada kene mengena dengan cerita

Kisah ini dah berlalu 8 bulan yang lalu..apa yang akan di ceritakan memang ternyata ada dalam dunia ni..aku ingatkan selama ini cuma ada dalam telemovie je..Dan yang pasti aku keliru dengan erti kesetiaan..perkahwinan dan perkongsian hidup..

Tau Apa makna Aku terima nikah??perkongsian hidup kan?bagaimana boleh lukakan hati orang yang selalu berada susah senang nya dengan kita..bagaimana?positif think mungkin dia mmg suka sgt dengan orang ketiga tu smpai xboleh lupa..ok fine! habis tu kenapa kawin dengan wife skrg?? x adil kan?kenapa mesti hancurkan perasaan org yg slalu ade di sisi kita ?

Mungkin sahabatku merangkap saudara ku ini telah terpilih untuk di uji punya suami seperti ini.Kewangan dan taraf hidup memang tak di nafikan dia mampu..tp aku tak faham bagaimana dia bole tahan selama 9 tahun menghadapi semua ini.betulla org kata kalau hati dah sayang.TApi malangnya sayangnye berbalas di madukan..Allah hu akbar...YUP seperti yang di duga ..perempuan itu adalah cinta pertamanya..Dasyatkan cinta pandang pertama??bole buat org kawin lagi..kene pulak ada duit..

Aku tak pernah menentang poligami tapi kena lah ada caranya..bukan dengan cara menipu..ni tak adil untuk pihak isteri pertama..tak perlulah nk menipu sana sini..law dah berkemampuan dari segi kewangan kawinlah tapi masalahnye..berterus teranglah dengan isteri tu..jgn buat dia seperti x wujud dalam hidup kamu!(nampak marah aku ni)

oklah berbalik pada kesetiaan..aku harap semua manusia tau apa itu kesetiaan..tlglah jangan hancurkan kesetiaan..
sekali ianya dah terluka selamanya ia berbekas..jangan anggap perempuan diam..mereka menerima segalanya...fahami perasaan insan bernama perempuan,isteri,dsb..letakkan seketika diri anda di tempat perempuan..anda akan rsa betapa peritnya!

Nukilan rasa seorang perempuan..aku harap sahabat/saudaraku itu tabah dalam mengharungi hidupnya..aku juga berdoa semoga di bukakan pintu hatinya untuk menjadi ikhlas walaupun payah..dan aku juga berdoa andai perpisahan itu yg terbaik utknya..kau permudahkanlah Ya Allah!

Amin YArobbalalamin..

Sekian..


Tuesday, March 22, 2016

Hari Yang Superb Letih!

22 Mac 2016
06.45 am

  Tetiba je jadi bulan mac kan..ntah dh brp tahun aq xjenguk blog nie..kekangan masa yang xmenentu...Tetibe je rindu nk jadik budak kecik yg xtau pape..hahaha...jangan nak berangan dot..Go on...life is too short!

Nak di jadikan cerita hari ni lambat bangun..selambat2 manusia lambat lagi aku..adoyaiiii..dengan nk hantar little caliphs nie..naseb bek sempat solat subuh! takut btul law x sempat solat! aduhai ibu..dlm seminggu law de sehari x bgun lambat xsah!

Siap kan sarapan serba ringkas..bwkkn bekal utk Hadif n Adam..kul 7.45 gerak dr rumah utk g keje pulak..sejam dalam perjalanan..cuaca mendung2 tp x bererti hujan.

smpai klinik 8.45 am...itu hasil rempit..hihihi..Bukak klinik kul 9.00..pagi yg nmpak nyaman mcm xde orang..

Baru je nk duduk meneguk air..tetibe klinik kene serbu..perh..hamik kau..br nk relax..tp law dh nmnye Klinik Puteri Anwar..mmg xkan xde org..mustahil..Bermula lah  episod makan n minum sambil berdiri..suap sesudu lari g bilik EC .. PAtient semput smpai biru2 mukanya..ser ser aku di buatnya..

Time tu lah pulak ade org xcident..teruk mukanya..perempuan pulak tu..syukur xde yg serius just luka luaran je..siap dressing sume..dapatla lepak sekejap..jam dh menunjukkn 12.30 tapi patient masih xsurut..nampak gayanya x rehat lah hr ni..dengan perut yg kruk krak krik krik..mcm2 bunyi ade dah..redho jelah ye perut...aku isi ngn air kosong je..huhu

Shift ptg dh nk masuk tp kami xtutup n rehat lg..solat zuhur pn lmbt hr ni...2.45 br solat zuhur..apalah nk jadi..

Makan yg toma'ninah dlm kul 3.30..makan nasi putih ngn tomyam..pedas giler kaw..dahla aq tak tahan pedas..menangis perut mak naaakk..
pastu bantai lak pau kacang..nyaman sikit perutnye..

Tot tet tot tet...tetibe dh pukul 4.30..stndby nk blik pulak..hr ni Hadif ada latihan Muhawwarah..so dia kua lambat..jadi xde lah maknye kelam kelibut nk balik..bole sntai n solat asar dulu..

Siang dah melabuhkan tirai..malam ,menjelang..Arghhhhh kene iron bju lak..iron lh dulu walau mata dh nk katup..makan mmg rs mcm mlas nk mkn..siap iron baju dengan rengoh2..gobyos..cuaca panas..malam pun terasa cam siang..

Niat di hati nk terus lelap pas solat..En Iwan pulak mintak nasi goreng...walah2..kesel leee laah..oleh kerana dia adalah suamiku..maka dengan gigih aq buat ns goreng tnpa sayur..sbb sayur dh hbs blom shopping..

selesai makan..baring2 nk tido smbil pegang hp..konon2 nk main game farm heroes saga...tup2..kelepuk! hp jatuh kat dahi..rupe2 nye aq trtido..wakaka teruk perangai..

Encik iwan ambik hp dn sorokkn..lalu aku tdo dengan nyaman..

Sekian terima kasih.

Nah belanja sikit pic terkini setelah brtaun tak muncul di sini..
Thanks sp2 yg rajin baca..tatata..Law xde org bc pn santai2 je ibarat diari online..  :D