bunga

My Blog List

Wednesday, August 15, 2012

Untukmu MAk dan Abah..

Rabu , 15 ogos 2012 , 22.26pm..



  Tinggal 3 hari je lagi nak sambut hari raya Aidilfitri , semakin dekat hari itu , semakin sensitif jiwa aq , andaikan aq ingin menjadi seorang yang kuat dan tabah , realitinya aq tak mampu nak menyembunyikan rasa hati ini...

Rumah dah berwajah baru , aq ingin cipta suasana baru , ingin memberi rumah ini ada jiwa , rumah kenangan ini perlu berseri semula.., gelak tawa aq belum mampu untuk mengubat rasa kerinduan ku pada mak dan abah , setiap saat aq cuba untuk tidak membayangkan wajah mereka...namun... aq tak mampu...aq tak mampu...aq tidak sekuat mana...aq cuma aq..seorang yang lemah!!!!!yang tak kuat!!!yang tahu hanya menangis...itu aq yang sebenar kan???

Kuat konon...tabah konon...aq rindukan mak dan abah , kalau lah mak abah bole dtg dlm mimpi aq..aq nk peluk mak abah puas2...aq rindukan mak abah...
aq rindu aq rindu aq rindu aq rindu....

"Mak , abah , aq bukanlah seorang kakak yg baik ,tapi aq sentiasa untuk mencuba jadi yang terbaik untuk adik2ku walau dgn apa cara sekalipun,andai gurauku kasar , andai tegurku terlampau telus , itu adalah aq ... maafkan aq mak abah kalau aq gagal menjadi kakak terbaik utk adik2ku..apa yang aq lakukan adalah utk kebaikan mereka..."

Mak...Abah...Mak ...Abah...jika saat ini kau masih berada di samping kami , pasti kita adalah sebuah keluarga yang bahagia..Tau tak mak abah , aq selalu cemburu tatkala aq melihat org2 yang masih punya ayah dan ibu..aq selalu cemburu tatkala melihat mereka memimpin tangan ayah ibu mereka,aq selalu iri bila melihat kebahagiaan mereka....aq selalu cemburu melihat mereka gelak ketawa sesama mereka...aq rindukan semua itu...jika beginilah rasa rindu ini...

Astaghfirullahalazim...aq sepatutnya redha dengan ketentuanMU YA ALLAH.....ampunkan kekhilafanku..aq hanya seorang insan yang lemah..berilah aq kekuatan untuk menjalani hidup ini YA ALLAH..aq tau jalan yang terbaik yg perlu aq lakukan utk mak dan abah hanyalah doa..doa dari anak yang soleh/soleha pasti sampai padamu...Siapalah aq untuk menolak ketentuanMU..Aq bukanlah seorang insan yang sempurna..aq hanya manusia biasa...aq pohon padaMu Ya ALLAH..berilah aq kekuatan itu...

Mak , Abah ...setiap saat , setiap minit ,setiap detik..aq selalu merinduimu..aq selalu menyayangimu...aq selalu mencintaimu...setiap lngkahku..akan ku mulakan Alfatihah untukmu Mak Abah..mudahmudahan doaku sampai untukmu di sana...

Mak , Abah , kadang2 aq menangis bila teringat kenangan bersama mak abah , lemah kan?teruk betul anak mak dan abah ni kan?tapi bila dah nangis kan?aq rasa agak lega sikit,aq tau kalau aq nangis mak dan abah mmg takkan kembli lagi..tp sekurangkurangnya..aq dapat luahkan kesedihan aq...

Maafkan aq mak abah...kadang2 bila aq rindukan mak dan abah , aq mesti tgok gambar mak dan abah sampai aq  tertidur....