bunga

My Blog List

Thursday, October 13, 2011

Mari berhijrah ke Home town!!!

Jom jom kembali ke tanah tumpahnya darah ku..
"Blok D Sawah Sempadan"

  • 9 Oktober 2011 , usai keje hari ni,terus bertungkus lumus angkat barang dari umah sewa kat Bkt Kapar,terima kasih pada jiran yang membantu angkat barang dan juga adik aq yg turut serta membantu.
  • 10 Oktober 2011 , Pagi yang indah dan ceria ...hurm...tenang duk kat Sawah nie... Diorg sume bergotong royong untuk menurunkan barang dari lori sedari jam 09.00 pagi..
  • Dalam kesibukan menurunkan barang pagi ini,tetiba abah sesak nafas ag,aq terus bawak g hospital,tp dalam perjalanan,abah sedih n menangis ,dia kate dia xguna sebab asyik masuk hosp susahkan anak2,hati aq hiba bila dengar abah kata macam tue,namun demi dia aq tahankan airmata ini dari mengalir,bila kita nk abah kuat!kita mesti kuat!itu janji aq pada diriku.
  • Tepat jam 12.00 tghri ,aq sampai kat wad kecemasan,tapi hati sangat hampa bila di sentap oleh Medical Asistant yang bertugas aritu dia bole kate mcm nie 'sakit apa sebenarnya org nie?saya tgok elok je'!!! kuang ajo betul M.A tu,dia ingat org suka suka nk bawak abah g hosp kalau xde sebab???bodo punya org...
  • Akhirnya abah terpaksa di tahan di wad juga,aq rela asalkan abah sembuh,tp dari riak muka abah,abah sangat sedih kerana kena msuk hospital ag walhal abah baru je discharged.kami pujuk abah sedaya yang boleh...
  • Sampai je kat wad,tetiba abah tanya 'Mak masuk hospital berapa kali?' , terkedu aq di watnya nape abah tanya mcm tue , tapi aq wat bese je n jawab pertanyaan dia.pas abah kat wad,nmpak ok,n abah xsemput pun , jadi kami membayangkan yang sebenarnya rindu kat arwah mak kami,SPO2 abah normal n paru - paru pun clear.Jadi kami ingat esok mesti abah boleh kuar wad.
  • Jam 07.00pm,dapat panggilan dari kakak,kakak kata abah masuk ICU . Kitorg yg kt umah terkejut teramat sangat,coz mase balik,abah ok jer..xde ape2 pun..aq bergegas pegi hospital dengan abg yg sulung.
  • Sampai hosp,aq nampak abah sangat tak bermaya,sangat lemah n condition dia langsung x ok.aq nampak dia,aq jadi lemah!!otot sume rasa x berfungsi."Ya Allah ,knapa dengan abah nie?",Terus aq g tanya kakak nape abah jd cmtu?
  • Kakak cerita tak smpai 2 minute ade staffnurse masukkn ubat tahan sakit melalui granule kt tangan bapak.Aq shock dengar kakak ckp mcm tue,coz mggu lepas mase aq bwk bapak jumpe Doctor Pakar,Doctor tue kata abah xbole mkn ubat tahan sakit len selain Panadol 650,sebab buah pinggang abah ade jangkitan sikit tapi masih terkawal.nasihat doctor pakar tue abah kene pantang makan ubat yg kuat2.
  • 2 minute ubat tue di masukkn kat abah,terus abah jadi x menentu,abah kata abah x nampak orang,nafas abah sesak,abah pening, abah nk muntah , lepastu kakak sebut Lailahaillallah..Abah ikut,abah terus sambung 'Astaghfirullahalazim'kemudian abah sambung ag 'Ashhaduallailahaillallah Muhammadurrasullullah',Abah mengucap! . Kakak terkedu bila abah lafaz kalimah syahadat tu.. Adakah kami akan kehilangan abah?Ya Allah tunjukkanlah jalan yang terbaik..hanya engkau yang Maha Mengetahui...
  • Abah di masukkan ke ruangan ICU untuk penjagaan yang rapi , malam ni aq yang teman abah sampai pagi,malam ni juga abah kene buat pembedahan kecil kat tangnnya untuk buat 'CBP'.
  • Masa operation di jalankan,doctor benarkan kami berada di sebelah abah,kami genggam tangan abah ,abah juga balas genggaman kami,kami tau abah kuat.Banyak darah yg keluar kat tangan abah tue,hati aq sedih n terluka sangat bila tengok abah kena cucuk sana sini..
  • 11 Oktober 2011 ,Sampai jam 2.00 pagi baru selesai operation tue,jam 03.00 pagi BP @ tekanan darah abah drop!aq risau dan gusar.Ya Allah selamatkan abah kami!!
  • 11 Oktober 2011 , 03.30PM sekali lagi abah buat operation kecil, CBP mlm td tak berfungsi.
  • 04.30pm operation gagal!!CBP tetap tak berfungsi.condition abah tetap tenang dan masih menggunakan bantuan oksigen.
  • 05.45PM , Doctor beritahu kami abah kena transfer ke ICU / CCU Hosp Tengku Ampuan Rahimah Klang@HTAR .
  • Aq,Fiqah,Ilah,Kakak,Amal n Amin ,kami semua terduduk mendengar khabar itu,ketika itu kami pegang tangan n kaki abah,sangat sejuk!!!Ya Allah!!adakah ini petandanya???kami semua berpandangan sesama sendiri!!tapi abah kelihatan sangat tenang dan tabah!!seperti tiada apa yang berlaku pada dirinya!!kenapa ini abah??Dalam bayangan kami abah akan pakai Ventrikel tiub!kami xsanggup!
  • Aq mendekati abah,abah panggil aq 'Fida..abah kene pegi hosp Klang...'sayu suara abah di hujungnya dalam memujuk aq..abah tarik aq ke dalam pelukan abah,aq berbaring di dada nya yang lemah!!namun abah tetap tenang,aq kalah dengan perasaan aq!aq menangis di dada abah..Abah tenang memujuk aq 'jangan risau,insyallah abah kuat,tunggu je abah kat rumah' , abah berkata begitu sambil mengelus kepalaku dengan lembut.Ya Allah!!hanya Allah yang tahu perasaan aq ketika itu,abah tetap tenang tanpa mengalirkan airmata walau setitik pun..
  • Abah yang kami kenali memang amat sensitif dan mudah mengalirkan air mata waima hari raya,bila kita salam mesti dia akan menangis..tapi kenapa?kenapa?knapa?abah langsung xmenangis ketika ini.Hati aq di pagut kebimbangan.Yang Sebenarnya aq tidak rela kehilangan Abah!!!
  • 06.00PM , sebelum abah di sorong ke ambulan,kakak mendekati abah dan menangis di kepala abah,namun abah tetap seperti tadi...hanya memandang kami dengan tenang..Ya Allah sepertinya abah sangat redho dengan apa yang berlaku pada dirinya.Aq ,Kakak,Fiqah,Ilah,Amal dan Amin ,terus berdiri di hujung kaki abah,kami cium kaki abah...namun abah tetap tenang memandang kami,tatkala abah merangkul Fiqah,abah membisikkan kata supaya Fiqah menjaga rumah.Adik abah juga merangkul dan mencium abah...namun abah tetap seperti tadi...abah tenang dan x menangis!!
  • 06.15PM , Abah di sorong ke dalam ambulan dalam keadaan sedar,masih terbayang tatkala abah melambai kami ketika abah di dalam Van ambulan tue.Tapi kami pelik abah langsung x menangis..Oh abah...kami semua sayang abah.Dengan langkah longlai,kami semua bertolak balik ke rumah,dalam kereta macam2 perasaan ada di dalam hati kami.kami tidak mahu kehilangan abah!!!