bunga

My Blog List

Friday, July 27, 2012

Roh Di Bulan Ramadhan

Roh Dibulan Ramadhan

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. 

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

 Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesal ahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz

.Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

 Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. 

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

 Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. 

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.

 Maka dgn itu marilah kita meneruskan doa, zikirullah, bacaan yassin dn sedekah yg berterusan bagi membantu mereka seandainya mereka dibenarkan pulang kedunia pd bulan barakah ini ~

Insyallah...Mudahmudahan mendapat manfaat dari ini...

Monday, July 23, 2012

Oh Adikku..rentetan Ramadhan

Isnin , 20:42 ,

lagu ayushita "tuhan berikan aq cinta" , berbunyi tanda ada mesej masuk , aq pun dgn sepantas kilat mencapai.. (aq pantang bunyi handphone..laju je..he3)

"Fid , ko ase perlu ke wat knduri 2?da 2hr ni , aq rasa mcm xnk wat knduri tu , bukn pe aq rs sedey tok umh tu n aq rs cam nyusahkan korg sume utk wat knduri tu"....Amal bg mesej.. alahai..np pulak ngn amal ni , ad yg xkene ke?aq mula di pagut rs bimbang lantas aq rely back .

"hurm..np cp mcm tu,xpe td aq dh bincang ngn iwan,psl umh ni,mgu ni kitorg nk psg syiling canvas dl , n plywood tu nk psg ,kn impian bapak nk wt kenduri utk ko , np tetibe cm xnk?ad prob ke?" ,cube nk korek rasa hati adik laki aq yg sowg nie, ap yg xkene ngn dia agknye ea..sian pulak aq tgok..

"Aq blh teringat bpk je,2 yg sdh je ...aq xmerasa la nk uruskan borg2 nikah ngn bpk ,cam ajis dl..." , huhuhu..aq dh agk dh ini yg bermain dlm kepala adik aq nie,sbnrnyer sblm dia feel mcm tu , aq dh bygkn nnt spnjg nk uruskan amal nikah tu , xpe mal , aq snggup teman ko nk uruskan borang nikah tu nnti , aq harap ko tabah dgn semua ini , aq mmg pndi ckp je , sebenrnyer aq pn xsekuat mn , lgi gembeng aq rs...

"lah..ko pn sm erk mcm aq ... aq dh 2weeks mcm xbtul , kejap2 mcm nk nangis sndri..mmg ssh nk lupakan sume tu n mmbygkan raya krg xde mak bapak...huu...jd apalah agknyer , xpelah mal , kite redho je k?kita adalah khalifah Allah yg terpilih untuk menerima ujian ini..ber erti kita kuat sbnrnya..."

hurm...mdhmudhan tabah adikku sorg nie...aq pown xtau nk kte ap dah, hanya doa yg aq mampu lakukan agar kite sume kuat...di akhiri sms mlm td dgn jayanya...huhuhu

alfatihah utk abah dn mak...

Sunday, July 22, 2012

Bulan Ramadhan Tiba..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan untuk semua umat islam di seluruh Malaysia , semoga Ramadhan kali ini akan membuka pintu hati kita untuk menjadi khalifah Allah yg lebih baik berbanding masa2 lalu.

 Dan untuk sekian kalinya aq menjalani ibadah puasa tanpa mak dan abah . Perit rasanya bila mengenangkannya . yup dan kami telah merasai betapa kosong dan sunyinya menjalani ibadah ini tanpa mereka , dan aq tak dapat bayangkan untuk menempuh Hari Raya Aidilfitri ini tanpa keduanya , aq tau kami semua mampu menghadapinya , Allah takkan menguji hambanya di lur kemampuan hambanya . Aq akui itu , dengan apa yg telah terjadi pada keluarga kami , aq lebih redho dan semakin mengerti bahawa dunia ini memang hanya sementara dan hanya pinjaman untuk kita di dunia ini .

Puasa pertama aq , aq amanahkan adik adikku pada kakakku Ila@ebit , kerana aq harus mengikut suami ku berbuka di rumah keluarganya , lagipun sudah lama aq x balik sana .

Syahdu bila aq bayangkan adik2 ku , pasti ada drama yg berlaku , dan seperti yg ku jangka , mereka menangis ketika berbuka , aq tau pasti kenangan bersama arwah abah dan mak terbayang dpan mata mereka . Apa nak buat dik , kita adalah hamba Allah yang terpilih untuk menghadapi ujian ini , aq harap kita sama - sama kuat n tabah .

Andai di ungkap dengan seribu kata - kata pasti pun aq tak dpt gambarkan perasaan aq ketika ini , aq tak tau pun andai ada yg mengerti perasaan aq . Mungkin mereka yg pernah mengalami akan rasa apa yang aq rasa . ha

Semoga Ramadhan ini akan membawa pergi kesunyian,kesepian dn kerinduan kami terhadap mereka , Mudahmudahan kami semua dapat tbah dan semakin kuat dlm menjalaninya .

Amin..Yarobbal Alamin..