bunga

My Blog List

Monday, December 24, 2012

Dilema kah Aku??

""""""Sampai je umah ptg ni , adik bgtau yg kakak yg kat Sg Buloh tu call n offer keje kat sana , actuallay aq xkisah , aq dh agak satu hari nanti pasti diorg akan pergi gak , masing2 ada cita2 , x mungkin aq jd penghalangnya... Ya...mungkin satu masa dahulu arwah abah dah pasrahkan aku untuk menjaga mereka , tapi aq terlupa mereka kini kan sudah remaja , sudah di luar tanggungan aq..walau niat di hati ingin terus menjaga mereka , aku tahu masa tu pantas berlalu , segalanya sudah berubah .

Insyallah , aku akan cuba positifkan , aku tau..satu hari nanti , aku bersama keluargaku sahaja di rumah ini , mereka pasti akan bawa diri masing2 , korang kene tau aq xpernah paksa dan aku xkan memaksa andai korang ada cita cita sendiri , mungkin mula mula aku xbiasa tapi lama2 mungkin aq boleh kan. Insyallah..Mudahmudahan di beri kekuatan itu .

####Insyalllah , jika semua back to normal , aq rasa aq xnak bekerja lagi , biarlah aq asuh anak2 ku sendiri daripada sibuk mencari org untuk menjaga anakku . Lagipun adif dah besar , dah sekolah , mama kena bagi masa yang cukup untuk anak anak mama yang nak membesar. Insyallah , kalau ada rezeki takkan kemana . Beruntung jika aq masih punya mak dan abah , pasti mereka ada jalan penyelesaian untuk aku .Lagipun keje yang aku ada sekarang , makin melampau2 pulak , penat rasanya, perjalanan setiap hari yg memakan masa 90minit sehari.Kadang2 aq terfikir bagaimana aku boleh mampu melakukan itu , se awal 6.00 pagi aq bangun , bertolak g keje selama 45minit , sampai tpt keje,kemas klinik dulu , kul 9.00 pg klinik buka,lepas tu patient menderu2 every day non stop!,xpernah klinik ni lengang,setiap minit ada org, belum lagi melayan kerenah patient yg mcm2 ragam.Pukul 3.00 lak,start buat panel,buat akaun ,key in utk fomema foreign worker ,sampai kul 5.00ptg..

****Pukul 5.00 ptg, bergegas pulang ke rumah , perjalanan juga memakan masa 45 minit .sampai rumah , melayan kerenah anak2 yg makin membesar , kadang2 oleh kerana terlalu penat , aq selalu termarah anak2ku ni , sebab diorg ni mmg xreti duduk diam,dua dua boy,jadi mcm2 kerenah ada.Siap melayan diorg , aku masak ,(tp msk kdg2 je , xhari2..) kadanng2 oleh kerana penat sgt , aku akan terttidur dulu sampai kul 12.00pm tanpa makan , kadang2 aku mkn mlm,kdg2 tak..

****Fuh!!!aq yg taip pun rs penat..mcm ni lah namanya seorng ibu , aku ikhlas dengan segala apa yang aku buat ni..mudahmudahan di beri kekuatan untuk melaluinya..

Terima kasih Ya Allah..

Wassalam...