bunga

My Blog List

Wednesday, December 7, 2011

Risiko Yang Menanti si Boroi...

Entry hari ini lebih kepada tentang kesihatan  all about health!!Silakan Ambil Perhatian...Yo!


MENGURANGKAN JANGKA HAYAT HIDUP
 AWAS!IA MUNGKIN MEMENDEKKAN USIA ANDA , JELAS Prof Dr Chin Kin Fah,semakin tinggi berat badan dan semakin tinggi kandungan lemak di bahagian perut , semakin tinggi risiko anda mendapat penyakit seperti masalah kesuburan,sakit kepala melampau,kolesterol tinggi,hipertensi, serta pelbagai jenis kanser ;
 (tapi walau apapun fakta yang kita ketahui,ajal maut semua di tangan Allah ,kita wajib menjaga diri kita dgn baik kerana ia adalah anugerah dr Allah)



Barah Payudara dan Barah Rahim 
Studi yg dilakukan melibatkan 28,000 kes kanser rahim di Amerika Utara,Eropah,Australia dan Asia mendapati lebihan berat badan hingga 13 kg dari paras normal di kalangan wanita meningkatkan risiko kanser rahim sehingga 60 peratus.Selain itu, di kalangan penduduk Asia mendapati hubungan yang kuat antara pertambahan BMI dengan serangan kanser payudara .

PENYAKIT JANTUNG

Lingkaran pinggang berukuran besar merupakan petanda risiko tinggi serangan jantung.

Sesak Nafas
   Timbunan lemak yang berlebihan di bawah diafragma dan di dalam dinding dada akan menekan paru paru. Hal ini menimbulkan gangguan pernafasan dan sesak nafas walaupun pesakit melakukan aktiviti ringan.Selain itu mereka lebih kerap mengalami gangguan pernafasan berbanding orang normal .

Masalah Ortopedik
   Selain itu para penghidapnya tak terkecuali menghidapi masalah ortopedik dan memburukkan penyakit OSTEOARTHRITIS (terutama di daerah pinggul , lutut dan pergelangan kaki)

FAKTA TERKINI
  • Wanita memiliki lebih tinggi peratus lemak di badan berbanding lelaki kerana ciri ciri jantina dan juga sebagai persediaan mengandung yang menyebabkan lemak banyak terkumpul di bahagian punggung dan pelvis
  • Bagi mengelakkan perut buncit selepas mengandung dan melahirkan,kaum ibu perlu mengawal pemakanan semasa mengandung.Tiga bulan pertama mengandung,diet adalah seperti biasa,jika wanita itu obes semasa mengandung tambahan berat mereka hanya dibenarkan 7kg sepanjang 40 minggu tempoh mengandung,untuk berat badan normal 11-16 kg manakala buat wanita kurus pula mencecah 16 kg.
  • Pengambilan ubat ubatan kurus sangat tak di galakkan,jika terdapat steroid di dalamnya,individu tersebut besar kemungkinan akan berhadapan dengan masalah buah pinggang ataupun ubatubatan uang menyebabkan pengguna mengalami cirit birit yang melampau boleh membawa kepada dehidrasi yg membawa maut.
  • Pil kurus yang dibenarkan seperti DURAMINE,REDUCTIL DAN XENICAL  hanya selepas mendapat kebenaran daripada doktor atas sebab2 tertentu.Masalah utama timbul adalah kebergantungan terhadap pil tersebut dan jika dihentikan seseorang itu mungkin mengalami peningkatan berat badan dua kali ganda.
  • Latih perut anda untuk berdisiplin!!!Perut ibarat getah ia mampu mengembang dan mengecut .Jika individu itu sudah terbiasa makan banyak,maka perutnya akan mudah menerima makanan dalam kauntiti banyak sahaja.Jika Anda sudah terbiasa makanan yang sedikit,perut anda akan mampu membiasakan diri dengannya.
  •