bunga

My Blog List

Friday, July 4, 2014

BiSaKaH AkU Di HaTiKu



(Akhir akhir ni teringin pulak nak karang cerita..dah lama aku xbuat cerita,saja suka2 n sementara tengah rajin ni..Tajuk seperti di atas dan mungkin cerita ini akan bersambung2)

Keheningan pagi ini memang mendorong untuk aku tidur .. kalau tak mengenangkan dah janji dengan Hadi,dah lama aku tidur balik..masa cuti semester inilah untuk aku liburan..lepas subuh boleh tidur balik..bangun tidur time matahari nak naik..fuh!!!!heaven betul rasanya..
Tertanya - tanya siapa Hadi?Hadi teman rapat aku , dah lima tahun mengenalinya..seorang yang menjadi kegilaan di kalangan pelajar pelajar perempuan di sekolah,tapi dia masih tak ingin komitmen..pendek kata still single available..hah menyampah aku.
Aku pulak???Nama memang molek "Nur Jannah Ahlami" ber erti cahaya syurga impianku..tapi aku seorang yang kasar, apa saja kerja kerja orang lelaki memang aku teringin nak buat..zaman kecil aku , aku lebih suka ikut abah ke kebun untuk kait buah sawit , walaupun bukan aku yang kait , tapi aku suka , paling tidak aku akan tolong buang pelepah yang besar2 tu..bila dah siap,ajak abah beli aiskrim kat kedai yang aku suka tu..ah..kenangan itu memang tak boleh di lupakan,sampai sekarang pun kadangkala tolong abah jugak,cuma sekarang abah dah tak berapa kuat mcm dulu,jadinye semua urusan tu telah di upahkan.


"Nur!!" ...laung Hadi , dah sampai mamat ni , ingatkan lambat lagi,berjanggut aku tunggu,dah siap throwback kisah lama dah.



"Nur,singgah padang jom,ada team nak fight bola baling ni,lama dah tak turun ni.." ,"Oii..awat tak habaq awal2,ko tgok ar aku punye dressing ni,celah mana nak main bola baling??,apasal kau janji dengan diorg tapi kau tak tanye aku dulu????adoyai..mamat ni aku selidi baru tau",resah aku fikirkan perangai budak sorang ni,kang ad yang makan tapak kasut kang..
"Ala Nur,ok pe..dressing ko bukan macam pompuan sangat pun hari ni,aku tengok tak teruk sangatlah..boleh di maafkan lagi..hehe janganlah marah aku,budak budak dah tunggu tu..",ini yang buat aku tarik muka ni..
"Oii Hadi,aku pakai jeans nie..agak2 lah.." , terus aku tepuk bahu dia..
"Tak ape Nur , kau pakai baju aku lah,ada spare kat belakang,aku dah hanger,tracksuit nanti kita beli sat kat kedai amoi tu,aku belanja..ok??",Hadi mengenyitkan mata dan macam biasa dia buat muka seposen untuk mintak simpati kat aku..
"Kau ada kurap tak?karang xpasal2 berjangkit dengan aku,hehe",
"Hello..i'm clean ok , baju tu aku dah basuh kat dobi lah..jangan risau,no infection!",kami matikan perbualan dan aku kenalah cepat nak ganti baju ,ini semua Hadi punya hal..suka sangat bagitau benda2 mcm ni last minute..ishh..nyusahkan aku betul!!
"Ha!!merungut..tak baik merungut..",Hadi tarik tudung aku bila dia nampak aku membebel sorang2,malas aku nak layan.

Kelihatan di tengah padang pemain2 dah menanti kehadiran kami,pihak lawan juga dah tiba,besar pulak baju Hadi ni,nak tak nak kena lah pakai,kalau tak takkan nak pakai dengan blouse aku tadi..dah jadi pelik pulak.

"Wei..start kul bp game?",dik cu bersuara,team kami ni campur2,ada 6 pemain lelaki 5 pemain perempuan,budak kat sekolah call us "group Otai",walaupun kami campur2 tapi kami tak melebihi batas2 islam..inshaa Allah masing masing masih beringat,cuma kami memang rapat!,sesiapa tengok confirm iri hati..


Cuaca masih pagi,memang tenaga fresh bila nak fight dengan kampung sebelah,perlawanan kami bermula..memang seronok,nampaknya kami mendahului dengan 2 - 0 , gandingan aku dan Hadi memang memantapkan serangan,rakan rakan yang lain pun hairan nampak kami amat serasi.Ada berbaki 15 minit perlawanan ,tiba tiba...

"Aduh!!,wei..tolong wei..kaki aku kejang ni..aduh!!!break2",aku mengalihkan pandangan ke arah suara itu,terlihat Hadi terbaring di hujung padang sambil memegang pehanya.Aku menggunakan bahasa isyarat ke arah pengadil supaya memberhentikan perlawanan.
Segera berlari ke arah Hadi yang terbaring.
"Wei..wei..kau dah kenapa ni?kau ok x?",kelam kabut aku,biasanya aku tahu apa yang perlu aku lakukan memandangkan aku memang di dalam bidang itu , aku merupakan pengerusi dalam persatuan Bulan Sabit Merah,tapi kali ini oleh kerana kawan aku yang paling rapat ni yang kena,aku langsung jadi kosong,yang aku tahu aku risaukan dia sangat ketika ini,walaupun kekejangan itu perkara biasa,tapi...entahlah,sukar untuk dijelaskan perasaan aku ketika itu,yang dia pulak asyik mengaduh tak hentin-henti,kemudian datang seseorang dari pihak lawan,"kenapa ni?",sapa mereka,"kekejangan",aku jawab pendek.."senang je tu..meh..luruskan kaki dia,pastu angkat",aku pulak jadi macam lembu di cucuk hidung ,menurut je apa yang di arahkan asalkan Hadi sembuh! ,aku segera sambut tangannya dengan niat dapat membantunya bangun,tiba-tiba dari raut wajahnya aku dapat lihat dia senyum..Terus aku lepaskan genggaman tangannya dan tangan dia di sambut oleh pihak lawan untuk bantu dia berdiri.Dalam hati aku kata dia mesti nak sakat aku lagi...eeeiiiii tak guna betul Hadi ni..sebel!
Aku terus berlalu tinggalkan mereka di tengah padang,malu bukan kepalang,walaupun aku rapat dengan Hadi,aku tak pernah pun sentuh dan pegang tangan dia,dia pun macam tu jugak..

Hadi kejar aku dari jauh "Nur ! Nur ! ",terdengar teriakannya dari tengah padang , akhirnya dia berjaya kejar aku.Aku masih geram dengan dia,geram campur malu,macam nak sorok muka kat bawah meja,kalut bagai nak gila,rupanya dia kenakan aku..tak patut betul!


"Nur! pandanglah aku,i'm sorry okay",dia cuba memaut tanganku sekali lagi,namun dengan pantas aku mengelak.."sudahlah tu Hadi! tak baik kau malukan aku depan mereka tadi"
,

"Janganlah marah Nur,acctually tadi memang aku kekejangan otot,tapi aku tak sangka pulak kau care sampai macam tu,pastu sampai tak tau nak buat apa dengan aku..kau risaukan aku betul ye?",nampaknya dia sedang serkap jarang aku , sudah tentu lah aku risau,menyut betul lah dia ni,dia kan sahabat aku,yang aku marah sebab aku sendiri pun tak perasan bila aku paut tangan dia."kau marah sebab kau paut aku tadi ya?",dia masih cuba untuk bercakap dengan aku."Kannn?tapi kan aku ingatkan perempuan ganas macam kau ni,tangan kasar,tapi lembut jugak ea?",kelepuk!! automatik aku tepuk bahu dia dan gelak terbahak-bahak sampai muka Hadi naik hairan..hehe..padan muka dia.

"Sudahlah tu!..haha..lawak ar kau ni,gile betul..aku kan memang pompuan haruslah tangan halus n lembut..wakaka,bengong!dah lah jomlah balik aku dah penat ni",
"Nur..kau ada boyfreinds tak???",eh sudah kenapa pulak Hadi tanya aku macam tu ,mengarut tahap nak kena sepak budak ni..
"Kau pernah rasa kasut size 7 tak?",Hadi cepat cepat berpaling sambil ketawa terbahak bahak sebab berjaya usik aku.

Aku memang pantang betul bila Hadi tanya pasal teman lelaki,tapi dia selalu nak sangat korek rahsia ,sapa teman lelaki aku..Ah! kempunan lah kau..aku ni single available okay!..