bunga

My Blog List

Sunday, October 23, 2011

Abah Pergi Jua...

Dari hari isnin aq nk g tgok abah kat hosp,tp asyik xjadi je...hati tetap meronta nk pegi tgok abah,aq pun tak tau kenapa,hari selasa nk g jenguk pun xjadi coz teringat barang2 dapur yg dh banyak habis,latest kakak kate abah ok,jadi aq pk mungkin xde pape.Pagi rabu aq nekad nk g hosp,aq amik emergency leave hari ni,pastu kebetulan k.el kate suh bawakkn seluar abah,abah terberak katenye..Aq drive sorang pagi ni sampai hospital..
  • Sampai hosp,aq terus naik,nampak kakak n Fiqa kat dalam bilik tu..nampak seperti biasa,kakak kate abah semput dari mlam tadi kul 11 sampai subuh,so far pas subuh katenye dah ok sikit..
  • Aq trus g salam abah,ingat ag abah kate "ko kesini?sapa yg tunggu rumah?rumah ade org x?",dengan semput semput dia bole tanya aq,aq jawab "xpe pak,iwan ade kat umah,t mlm aq balik kpg ag".kemudian abah cakap "bagus2",sambil senyum,pastu dia mintak aq usap2 belakang dia sampai ke tulang punggung...kemudian dia gelak n senyum...Aq pandang abah dengan rasa sayu,aq xtau kenapa aq rasa camtu,hati aq memang mengagak ade yg xkena,tp aq xnk pk kan hal tu...aq terus usap2 tangan abah.
  • Pastu kakak n Fiqa mintak diri nk turun,dia kate nk segarkan badan n muka,aq kate ok jer..aq temankan abah,mmg abah nmpk letih nmpk sesak tp abah tetap nk bercerita,n abah sempat buat lawak ag..i2 yg buatkan aq sedih..aq lelah tgok abah cmtu tp abah kuat semangat dia tetap cool aje..
  • X lama kakak n Fiqa turun,tetiba abah kate nk kencing,dia suh buka syringe yg sekat tiub kencing dia,kemudian abah kentut skali,kuat bunyinya pastu abah kata "alamak da..abah terberak skali lah,nyemprot lak tue",abah kate gitu..dia bole gelak n senyum2 ag"sian ko,t xkuat nk angkat abah,tunggu kakak naik yer",dia kate ag.
  • "xpe pak,karang kitorg bersihkan yer",abah senyum je..so far nmpk sume ok jer,cuma hati aq xsedap,aq nmpak mata abah cam sayu sangat,masih terbayang mata redup abah tue,
  • x lama kemudian,Nurse dtg nk wat ECG kat abah,bile wat ECG ,abah kene baring,abah kate abah x nk baring lama2 abah semput n abah x selesa,kali ni lama sangat nurse wat ECG tue,aq betul betul xsampai hati tengok abah cmtue...10 minit berlalu,namun bacaan ECG abah xdpat langsung,aq dh risau,aq teringat masa hr last abah kat hosp Tg Karang,sebelum abah di trnsfer ke HTAR,ECG abah juga xdpt baca..Aq pegang kaki n tangan abah,mmg sejuk..tp abah tetap cool walaupun dia semput,dia tak menunjukkan dia sakit pun...
  • Pastu Nurse pun xjadi amik ECG dia,tak lama pas tu Kakak n Fiqa sampai,abah kata abah nk buang air besar ag,kitorg sediakan bekas untuk abah buang air besar,usai abah buang air besar,kitorg bersihkan abah,abah sempat bergurau bila kami pakaikan abah pampers,"kecik2 tak pakai pampers,dh tua pulak kena pakai pampers",abah berseloroh...dia ketawa bila lihat najisnya atas katil,kitorg pun terus bersihkan katil dan abah skali,satu yg kitorg perasan,najis abah langsung x berbau...sikit pun tidak,bila lihat najis abah warna kuning,kami lega sikit,sebelum ni kan ,org kate law najis hitam tanda org tu nk pergi..
  • Bila abah dah bersih,abah terus naik atas katil,tetiba abah kate abah pening,tak lama kemudian abah terus sebut "Allah!Lailahailallah!Allah",sangat jelas suara abah melaungkan kalimat Allah tue,hati kami sume berdebar,kami tahu masa abah dah sampai namun kami tetap menidakkannya..Abah rebah di tangan kami,dengan menyebut kalimah lailahaillallah...airmata kami sume meluncur laju...Kami tak perasan bila kami di tarik keluar oleh Nurse dan Doctor.
  • 5 minit berlalu,Doctor keluar "i'm sorry ,sekarang I nk beritahu,jantung ayah awak dah berhenti dan nadi pun dah berhenti,sekarang we all sedang buat CPR dan masukkan ubat untuk rentakkan jantung ayah awak",Doctor terus berlalu masuk ke bilik abah,2 minute kemudian Doctor keluar ag ,"Ok sekarang ayah awak dh response,jantung n nadi dah bergerak namun keadaan dia sangat kritikal,kita andaikan dia kene renjatan jantung,apa kemungkinan yg akan berlaku selepas ini,kita tidak pasti,mungkin dia akan pergi terus,sekarang kita tengah cuba sedaya upaya",Terduduk aq saat mendengar kata kata Doctor yg merawat Abah!..
  • Hati sudah pasti abah akan pergi tp otak tetap memikir abah akan sembuh...kebarangkalian abah sembuh memang sangat tipis..sekarang abah dh di pasang ventrikal tiub..sayu hati aq malihat abah begitu..
  • Saat ini sume anak2 abah dah tiba kat hosp..melihat abah terbaring lemah...

Time ni abah x kritikal ag,inilah bilik yg menempatkan abah masa kat HIgh Dependancy Unit,kat sini juga abah hembuskan nafas terakhir,kat sini juga aq bersama abah di saat akhirnya...
  • jam makin berlalu dengan pantas namun aq masih tidak menganjakkn diri aq dari hosp,aq masih tetap di sini bersama anak2 dan suami..
  • Jam 10.30 PM,adik aq akmal,telefon,dia kata jantung abah berhenti ag..sepantas kilat aq dan K.liza bergegas naik untuk di sisi abah.
  • Sampai kat atas,abah makin kritikal,doctor kua masuk bilik abah dua tiga kali dan akhirnya...
  • Tepat jam 10.50PM,abah akhirnya pergi menemui ilahi,Allah Maha pencipta Yang Agung...kami hanya manusia kerdil yg hanya mampu Pasrah atas ketentuan ilahi ini..lEMAH Segala otot yg ada,aq meluru kat katil abah..
  • "Abah janji suruh tunggu kt rumah,abah kata abah nk balik,kenapa abah pergi???abah adalah segalanya setelah ketiadaan narwah mak,rasanya baru sebentar tadi aq berseloroh dengan abah,kenapa abah??????
  • Ya Allah! hebat benar dugaan yg kau berikan pada aq...
  • Ya Allah!!!kuatkan hatiku ya Allah!!!!

Friday, October 14, 2011

Hari Yang Lemau

Hari Yang Lemau Pas balik dari Spital

Kitorg sume sampai umah sawah dah malam gak lah,malam ni a.ijam yang teman bapak sampai kul 5.00 pagi .Perasaan masing masing bungkam,terdiam dan uncontrolled...




Gambo ni sume yang snap my little prince Muhd hadif , dia kate 'nape sume org sedih ma?bia adif tangkap gambo acik2 n abah yer ' ,acctually kitorg sume keletihan lepas mengharungi bermacam2 rasa ketika ini.Adik bongsu laki ni mmg pandai controlled feel dia...so mmg agak tenang but law tgok betul2,mate dia dh lebam dah..


Abah @ HTAR

Perjalanan Yang seterusnya......
  • 11 Oktober 2011 , hari ini aq xdapat keje ag coz hati aq masih x tenang selagi x lihat abah kat hospital,My Hubby pun amik cuti coz nk bawak aq ngn anak2 g melawat abah.
  • Aq gerak petang lepas Mira n Ain balik dari sekolah,Thousand thanks to rakan rakan sekerja n bos yang memahami situasi aq ketika ini,aq percaya andai aq kerja pun hati aq takkn tenang bila memikirkan abah.
  • Tepat jam 05.00PM,kitorg sume sampai kat hospital,hati berdebar gak bila memikirkan Abah,mudahmudahan xda pape..
  • Inilah abah masa kat Hosp Klang,tiap kali aq tgok pic nie,hati terluka je..cian Abah,jarang sakit,sekali sakit masuk wad terus.Masa ni abah ade demam cikit,jadi kitorng tuam kepalanya ngan air sejuk.
  • Penuhkan wayar kat badan abah,hurm..xtergambar ngan kata2,minggu yang sangat x stabil bagi aq..niat di dalam hati mudah mudahan abah cepat sembuh!
    Gambar ni yang rakam my beloved hubby,nampak x larat beno abah kan?

  • Hurm..progress sama je,sebelum baik abah pesan suh tunggu mira n ain kat rumah coz diorg sume ade exam.
  • Abah gagahkan diri untuk senyum dan rangkul kitorg sume..
  • Ramai yang melawat abah hari ini,kat tepi katil sume penuh ngn sedara mara n anak - anak abah...
  • Condition abah ketika ini masih lum stabil,bantuan alat pernafasan pun sentiasa di pasang ,cuma urine dah ade progress baik coz dh nampak clear cikit.

Thursday, October 13, 2011

Mari berhijrah ke Home town!!!

Jom jom kembali ke tanah tumpahnya darah ku..
"Blok D Sawah Sempadan"

  • 9 Oktober 2011 , usai keje hari ni,terus bertungkus lumus angkat barang dari umah sewa kat Bkt Kapar,terima kasih pada jiran yang membantu angkat barang dan juga adik aq yg turut serta membantu.
  • 10 Oktober 2011 , Pagi yang indah dan ceria ...hurm...tenang duk kat Sawah nie... Diorg sume bergotong royong untuk menurunkan barang dari lori sedari jam 09.00 pagi..
  • Dalam kesibukan menurunkan barang pagi ini,tetiba abah sesak nafas ag,aq terus bawak g hospital,tp dalam perjalanan,abah sedih n menangis ,dia kate dia xguna sebab asyik masuk hosp susahkan anak2,hati aq hiba bila dengar abah kata macam tue,namun demi dia aq tahankan airmata ini dari mengalir,bila kita nk abah kuat!kita mesti kuat!itu janji aq pada diriku.
  • Tepat jam 12.00 tghri ,aq sampai kat wad kecemasan,tapi hati sangat hampa bila di sentap oleh Medical Asistant yang bertugas aritu dia bole kate mcm nie 'sakit apa sebenarnya org nie?saya tgok elok je'!!! kuang ajo betul M.A tu,dia ingat org suka suka nk bawak abah g hosp kalau xde sebab???bodo punya org...
  • Akhirnya abah terpaksa di tahan di wad juga,aq rela asalkan abah sembuh,tp dari riak muka abah,abah sangat sedih kerana kena msuk hospital ag walhal abah baru je discharged.kami pujuk abah sedaya yang boleh...
  • Sampai je kat wad,tetiba abah tanya 'Mak masuk hospital berapa kali?' , terkedu aq di watnya nape abah tanya mcm tue , tapi aq wat bese je n jawab pertanyaan dia.pas abah kat wad,nmpak ok,n abah xsemput pun , jadi kami membayangkan yang sebenarnya rindu kat arwah mak kami,SPO2 abah normal n paru - paru pun clear.Jadi kami ingat esok mesti abah boleh kuar wad.
  • Jam 07.00pm,dapat panggilan dari kakak,kakak kata abah masuk ICU . Kitorg yg kt umah terkejut teramat sangat,coz mase balik,abah ok jer..xde ape2 pun..aq bergegas pegi hospital dengan abg yg sulung.
  • Sampai hosp,aq nampak abah sangat tak bermaya,sangat lemah n condition dia langsung x ok.aq nampak dia,aq jadi lemah!!otot sume rasa x berfungsi."Ya Allah ,knapa dengan abah nie?",Terus aq g tanya kakak nape abah jd cmtu?
  • Kakak cerita tak smpai 2 minute ade staffnurse masukkn ubat tahan sakit melalui granule kt tangan bapak.Aq shock dengar kakak ckp mcm tue,coz mggu lepas mase aq bwk bapak jumpe Doctor Pakar,Doctor tue kata abah xbole mkn ubat tahan sakit len selain Panadol 650,sebab buah pinggang abah ade jangkitan sikit tapi masih terkawal.nasihat doctor pakar tue abah kene pantang makan ubat yg kuat2.
  • 2 minute ubat tue di masukkn kat abah,terus abah jadi x menentu,abah kata abah x nampak orang,nafas abah sesak,abah pening, abah nk muntah , lepastu kakak sebut Lailahaillallah..Abah ikut,abah terus sambung 'Astaghfirullahalazim'kemudian abah sambung ag 'Ashhaduallailahaillallah Muhammadurrasullullah',Abah mengucap! . Kakak terkedu bila abah lafaz kalimah syahadat tu.. Adakah kami akan kehilangan abah?Ya Allah tunjukkanlah jalan yang terbaik..hanya engkau yang Maha Mengetahui...
  • Abah di masukkan ke ruangan ICU untuk penjagaan yang rapi , malam ni aq yang teman abah sampai pagi,malam ni juga abah kene buat pembedahan kecil kat tangnnya untuk buat 'CBP'.
  • Masa operation di jalankan,doctor benarkan kami berada di sebelah abah,kami genggam tangan abah ,abah juga balas genggaman kami,kami tau abah kuat.Banyak darah yg keluar kat tangan abah tue,hati aq sedih n terluka sangat bila tengok abah kena cucuk sana sini..
  • 11 Oktober 2011 ,Sampai jam 2.00 pagi baru selesai operation tue,jam 03.00 pagi BP @ tekanan darah abah drop!aq risau dan gusar.Ya Allah selamatkan abah kami!!
  • 11 Oktober 2011 , 03.30PM sekali lagi abah buat operation kecil, CBP mlm td tak berfungsi.
  • 04.30pm operation gagal!!CBP tetap tak berfungsi.condition abah tetap tenang dan masih menggunakan bantuan oksigen.
  • 05.45PM , Doctor beritahu kami abah kena transfer ke ICU / CCU Hosp Tengku Ampuan Rahimah Klang@HTAR .
  • Aq,Fiqah,Ilah,Kakak,Amal n Amin ,kami semua terduduk mendengar khabar itu,ketika itu kami pegang tangan n kaki abah,sangat sejuk!!!Ya Allah!!adakah ini petandanya???kami semua berpandangan sesama sendiri!!tapi abah kelihatan sangat tenang dan tabah!!seperti tiada apa yang berlaku pada dirinya!!kenapa ini abah??Dalam bayangan kami abah akan pakai Ventrikel tiub!kami xsanggup!
  • Aq mendekati abah,abah panggil aq 'Fida..abah kene pegi hosp Klang...'sayu suara abah di hujungnya dalam memujuk aq..abah tarik aq ke dalam pelukan abah,aq berbaring di dada nya yang lemah!!namun abah tetap tenang,aq kalah dengan perasaan aq!aq menangis di dada abah..Abah tenang memujuk aq 'jangan risau,insyallah abah kuat,tunggu je abah kat rumah' , abah berkata begitu sambil mengelus kepalaku dengan lembut.Ya Allah!!hanya Allah yang tahu perasaan aq ketika itu,abah tetap tenang tanpa mengalirkan airmata walau setitik pun..
  • Abah yang kami kenali memang amat sensitif dan mudah mengalirkan air mata waima hari raya,bila kita salam mesti dia akan menangis..tapi kenapa?kenapa?knapa?abah langsung xmenangis ketika ini.Hati aq di pagut kebimbangan.Yang Sebenarnya aq tidak rela kehilangan Abah!!!
  • 06.00PM , sebelum abah di sorong ke ambulan,kakak mendekati abah dan menangis di kepala abah,namun abah tetap seperti tadi...hanya memandang kami dengan tenang..Ya Allah sepertinya abah sangat redho dengan apa yang berlaku pada dirinya.Aq ,Kakak,Fiqah,Ilah,Amal dan Amin ,terus berdiri di hujung kaki abah,kami cium kaki abah...namun abah tetap tenang memandang kami,tatkala abah merangkul Fiqah,abah membisikkan kata supaya Fiqah menjaga rumah.Adik abah juga merangkul dan mencium abah...namun abah tetap seperti tadi...abah tenang dan x menangis!!
  • 06.15PM , Abah di sorong ke dalam ambulan dalam keadaan sedar,masih terbayang tatkala abah melambai kami ketika abah di dalam Van ambulan tue.Tapi kami pelik abah langsung x menangis..Oh abah...kami semua sayang abah.Dengan langkah longlai,kami semua bertolak balik ke rumah,dalam kereta macam2 perasaan ada di dalam hati kami.kami tidak mahu kehilangan abah!!!

Wednesday, October 12, 2011

Abah tetap Abah...

  • 29 September 2011 , Hari kedua bapak kat Hosp Tg Karang,progress makin baik..alhamdulillah...
  • 30 september 2011 , Hari ketiga progress pun makin baik tp doktor masih belum benarkan abah balik,kami masih bergilir2 menjaga abah tiap tiap malam..
  • 1 Oktober 2011 , hari ini abah discharged,lega rasa hati , pas keje bergegas balik Tg Karang nk amik bapak,aq juga dh bulat hati untuk pindah ke kampung temankan bapak...bia bapak tak sepi dan kesunyian ag..
  • 2 Oktober 2011 , mulai hari ini aq dah ulang alik dari kampung ke Meru,mulai hari ini aq masuk shift pagi jer..aq xley amik shift malam dah..coz perjalanan jauh...
  • selagi Abah ada di muka bumi ini,akan ku abdikan hidupku untuk abah...Segalanya untuk abah!!!
  • dan aq bersyukur kerana punyai suami seperti Mohd Ezzawan...dia amat memahami aq dr sume segi...Tq My Love!!!

Sunday, October 2, 2011

Saaaayang Bapak...

  • 24 hb September 2011 , lepas keje hari ni cadang buat makan2 untuk adik beradik,pas iwan habis keje ,dia amik bapak n adik2 kt kampung untuk sertai kitorg punye open house untuk adik beradik.
  • Cam bese,habis je keje,aq rushing untuk memasak menu mlm nie,Menu utama Nasi ayam Madu ,Pastu ade wat cocktail buah buahan.
  • Tepat jam 8.00 mlm , sume tetamu sampai,tapi sedih tengok bapak coz bapak xbole nk mkn,bile nmpk makanan dia asyik rase loya n muntah2 tak pasti nape bapak jadi cmtu.
  • Asal makan je trus bapak muntah,cume bole masuk buah buahan je..nape ye pak....risau rasenyer.
  • 25hb September 2011 , Pagi nni blikan bapak kuih n masi lemak,bapak masih xdpt mkn nasi,cume dapat mkn kuih je,tengahari aq masakkan bapak tomyam campur,terubuk masin.Bapak nampak selera tpi nmpknye bile nk kunyah nasi je,bapak trus loya n muntah2.
  • 25hb September 2011 , jm 05.30 pm ,aq bawak bapak g klinik Puteri Anwar coz nk check np bapak jd camtu,sama ada angin atau ape,aq risau sangat.Doctor kate bapak masuk angin n dehydration teruk gak sebab bnyk kali muntah,jadi doctor pasang drip utk bapak,mule2 aq tnye bole ke coz bapak xley lebih air dlm bdn,oleh kerana risau,aq tahan bapak xbagi balik kpg dulu.
  • 26hb September 2011 , 12.00tghmlm , sepnjang mlm ni,aq langsung xtdo sebab bapak banyak kali terbangun kerana sesak nafas,jam 03.00am aq off kan drip,pastu urut2 bapak,kemudian bapak tdo ag,aq pun smbung rehat namun tidak selena seperti biasa,hati aq sangat risau dengan keaddan bapak sekarang.Jam 11.00am , bapak mengadu sesak nafas ag,melihat keadaan bapak yang pucat,hati aq sangan risau,tanpa bertanya pada bapak,aq trus bawak g clinic sekali lagi,sampai klinik,elektrik takda langsung,aq dah panik,pastu Dr Norasiah kate ,dr akan buat surat untuk g hospital,aq setuju,xlama kemudian karen hidup balik,jadi dr trus bg nebuliser n injection Lasix.Kemudian terus bawak bapak balik,mlmnye a.jeman bawak bapak g urut kat tepat wak Dalil.Pastu mlmnyer bapak berselera mkan,hati aq rasa lega..Alhamdulillah!.
  • 27hb September 2011 , Pagi ni dengan rase happy aq blikn bapak nasi lemak,sebab mlm td nmpak dia dh bole mkn,sekali suapan pertama,trus bapak muntah ag...huhuhu...hati aq kembali seriau,kenapa dengan bapak ni....??Ya Allah berilah aq petunjukmu Ya Allah...bantulah hambamu ini ya Allah berikanlah aq jalan yang terbaik Ya Allah .Mlmnye aq minta iwan dan amin bawak bapak jumpe ustaz Jamal.Balik dari ustaz Jamal trus dia nampak Fit ag,jadi aq agak senang..alhamdulillh kalau bapak dh ok .ustaz Jamal kate Bapak sepi,keseorangan dan mcam2 lagi..aq sedey dengar macam tue..yang sbenarnya bapak rindu dengan Arwah mak...Bile dah terjadi itu, sistem organ dalaman terganggu lagi...
  • 28hb September 2011 , pagi ni bapak langsung x bole makan, nampak sangat semput,aq sangat risau dan risau,dah urut2 bapak pun masih xkurang2,bapak makin pucat,terus aq telefon sume adik2 n abang untuk hntar bapak g hosp,bapak nk g hosp Tg Karang katenyer.Alamdulillah Amal bole anta,aq ikut skali,Hadif n Pqah pun ikut,Adam tinggal ngan K.el . Sampai hosp bapak trus admit kat Wad,suspect jantung.Hari pertama Amin yang jaga.
  • 29hb September 2011 ,