bunga

My Blog List

Sunday, August 10, 2014

1st Eid verse 2

1st eid 1435h
on monday evening
16.00 pm

 Lepas zohor eid yg pertama ni,aku gerak ke Kampung Sg tengi..nakjenguk mak n abah kat sana pulak...sekalian nak round habiskan raya belah abang..

Sgak ,lawa dan comel ..ini mungkin mereka tangkp gambar ni pada pagi Aidilfitri..kitorg x sampai ag..gambar ni apun aq curik kat wassap family..hehe
thats my small family,adam angin xbaik sebab dia suh carikan ultraman pagi2 raya ni,mana nak carik ultraman pagi raya ni,mama ckp kat dia yang ultraman balik jepun tak boleh beraya dengan ultraman pagi ni..aiiiyaakkk..

Sampai Sg tengi masing2 terus gerak g umah nenek kat sg Dusun..untuk diorang atuk nenek masih ada lagi walau masing2 dh berusia..
Kat umah nenek sampai malam,dekat sana pesta mercun mcam kat mana tah,sume saling lawan melawan ,mcm nk tunjuk sapa paling hebat..dala pada diorg main mercun ni,ternampak satu tradisi keluarga yang aneh menurut aku lah..Diorg pergi terbangkan tanglung..jap aku tunjuk pic
 Nampak tak tu dia tengah bakar lilin kat tanglung tu..mcm2 tradisi diorg ni,mn dapat bende tu pun xtaulah..yang pastinya masing2 lawan melawan..kitorg tygok ajelah..nak buat ap ag kan..
saat2 tanglung di terbangkan..kan dh mcm chinese new year tu..hehe..aku akui cntik bende ni bile diterbangkan,jauh jug benda ni terbang..tinggi..pastu tetibe ade mercun thunder clap pintas dia..lalu jatuh ke bumi..hehehe

penat jugak nk buat karangan ni sebab lama dh xbuat..
apapun selamat hari raya sume..
sekian

lots of loves
adifadamabid


1st Eid Mubarak

1st Syawal 1435h
On Monday Morning..
00.00

 Pagi Syawal,subuh2 lagi sudah kedengaran takbir di Masjid Blok D Sawah Sempadan , tahun ni beraya di Teratak Mak n Abah .. Dengan nada yang kecoh pagi ni,aku kejutkan adik2 dan kakak yang beraya di sini , tahun ni cuma dua keluarga sahaja kat umah sawah,yang lain semua beraya di rumah masing2 dan kami telah berjanji hari raya ketitiga yang havoc!untuk kami!

kami kami je yang beraya kat sawah.agak sepi tetapi happy.anak2 tgh ceporan main..
 Kebiasaan bagi mereka yang dh tak punya ibu bapa di Aidilfitri , kami akan ke sini dahulu ,walaupun sblm ini kami sering berkunjung ke sini ,tetapi pagi raya sprt sudah menjadi wajib untuk kami ke sini ..
Alfatihah buat mu "Bapak" Allahyarham Suradi bin Adam .
10 Januari 1943 - 19 Oktober 2011 Jasa dan keringat peluhmu akan kami hargai sepanjang hidup...

 Alfatihah juga untuk Mak Allahyarhamah Siti Khatijah binti Khasbolah ...
19 Febuari 1952 - 17 Januari 2010 kasih sayangmu tersemat di Qalbu..
 Salam sayang rindu dari kami anak2mu


 Selamat Hari Raya mak! Bapak!



Sekian,
lots of love
adifadamabid

Semua Post pasal Balik Kampong...

ooo..balik kampong...almaklumlah lagi dua hari nk sambut raya,tgok kt fb ,insta..sume dok hapdate pasal balik kpg , jadinye??aku??aku mmg dh duk kpg,xde lah nk buat status balik kpg ,krg sume org tye,ko nak balik kampong mn pulak??bukan ko duk kpg ke?hehehe..apaun dh nk msuk 4 tahun aku duduk kampung , macam2 dah aku lalui , kuatkan diri untuk duduk umh mak ngn abah ,rasanya setiap sudut menampakkan memorial bersama mak dan abah. Indah lorh kenangan itu..Pic kat atas tu anak aku yang bongsu (buat ms skrg ni lah) , anak ni tak sempat kenal pun atuk n nenek nya..huhu..sadis!

rumah taksiap kemas ag,hr ni baru cuti,kuih muih done,sume buat sendri..semangat raya tahun ni , request anak2 suh mama dia buat cookies,alhamdulillah siap dgn jayanya,memang puas hati , rasa law xraya pun boleh buat cookies ,yang paling penting cookies semprit coklat aku berjaya...seeerooonoknya,aku memang suka sgt dgn kuih tu,teringat ms kecik2 dl,habis sebalang aku kerjakan kuih tu sblm hari raya,..

selamat hari raya ollzz..
bila pengumuman hari raya telah di siarkan kat Tv , x lama lepas tu takbir bergema..alahai sayunya jiwa..
Rasa Rindu saat2 yang lalu..
Kini..saat tu aku akan cuba hidupkan semula untuk anak2 aku..inshaa Allah..

lots of love ,
mamaadifadamabid