bunga

My Blog List

Friday, October 7, 2016

Si Dia My Sweet Sour


Keheningan pagi ini memang mendorong untuk aku tidur .. kalau tak mengenangkan dah janji dengan Hadi,dah lama aku tidur balik..masa cuti semester inilah untuk aku liburan..lepas subuh boleh tidur balik..bangun tidur time matahari nak naik..fuh!!!!heaven betul rasanya..
Tertanya - tanya siapa Hadi?Hadi teman rapat aku , dah lima tahun mengenalinya..seorang yang menjadi kegilaan di kalangan pelajar pelajar perempuan di sekolah,tapi dia masih tak ingin komitmen..pendek kata still single available..hah menyampah aku.
Aku pulak???Nama memang molek "Nur Jannah Ahlami" ber erti cahaya syurga impianku..tapi aku seorang yang kasar, apa saja kerja kerja orang lelaki memang aku teringin nak buat..zaman kecil aku , aku lebih suka ikut abah ke kebun untuk kait buah sawit , walaupun bukan aku yang kait , tapi aku suka , paling tidak aku akan tolong buang pelepah yang besar2 tu..bila dah siap,ajak abah beli aiskrim kat kedai yang aku suka tu..ah..kenangan itu memang tak boleh di lupakan,sampai sekarang pun kadangkala tolong abah jugak,cuma sekarang abah dah tak berapa kuat mcm dulu,jadinye semua urusan tu telah di upahkan.


"Nur!!" ...laung Hadi , dah sampai mamat ni , ingatkan lambat lagi,berjanggut aku tunggu,dah siap throwback kisah lama dah.



"Nur,singgah padang jom,ada team nak fight bola baling ni,lama dah tak turun ni.." ,"Oii..awat tak habaq awal2,ko tgok ar aku punye dressing ni,celah mana nak main bola baling??,apasal kau janji dengan diorg tapi kau tak tanye aku dulu????adoyai..mamat ni aku selidi baru tau",resah aku fikirkan perangai budak sorang ni,kang ad yang makan tapak kasut kang..

"Ala Nur,ok pe..dressing ko bukan macam pompuan sangat pun hari ni,aku tengok tak teruk sangatlah..boleh di maafkan lagi..hehe janganlah marah aku,budak budak dah tunggu tu..",ini yang buat aku tarik muka ni..
"Oii Hadi,aku pakai jeans nie..agak2 lah.." , terus aku tepuk bahu dia..
"Tak ape Nur , kau pakai baju aku lah,ada spare kat belakang,aku dah hanger,tracksuit nanti kita beli sat kat kedai amoi tu,aku belanja..ok??",Hadi mengenyitkan mata dan macam biasa dia buat muka seposen untuk mintak simpati kat aku..
"Kau ada kurap tak?karang xpasal2 berjangkit dengan aku,hehe",
"Hello..i'm clean ok , baju tu aku dah basuh kat dobi lah..jangan risau,no infection!",kami matikan perbualan dan aku kenalah cepat nak ganti baju ,ini semua Hadi punya hal..suka sangat bagitau benda2 mcm ni last minute..ishh..nyusahkan aku betul!!
"Ha!!merungut..tak baik merungut..",Hadi tarik tudung aku bila dia nampak aku membebel sorang2,malas aku nak layan.

Kelihatan di tengah padang pemain2 dah menanti kehadiran kami,pihak lawan juga dah tiba,besar pulak baju Hadi ni,nak tak nak kena lah pakai,kalau tak takkan nak pakai dengan blouse aku tadi..dah jadi pelik pulak.


"Wei..start kul bp game?",dik cu bersuara,team kami ni campur2,ada 6 pemain lelaki 5 pemain perempuan,budak kat sekolah call us "group Otai",walaupun kami campur2 tapi kami tak melebihi batas2 islam..inshaa Allah masing masing masih beringat,cuma kami memang rapat!,sesiapa tengok confirm iri hati..


Cuaca masih pagi,memang tenaga fresh bila nak fight dengan kampung sebelah,perlawanan kami bermula..memang seronok,nampaknya kami mendahului dengan 2 - 0 , gandingan aku dan Hadi memang memantapkan serangan,rakan rakan yang lain pun hairan nampak kami amat serasi.Ada berbaki 15 minit perlawanan ,tiba tiba...


"Aduh!!,wei..tolong wei..kaki aku kejang ni..aduh!!!break2",aku mengalihkan pandangan ke arah suara itu,terlihat Hadi terbaring di hujung padang sambil memegang pehanya.Aku menggunakan bahasa isyarat ke arah pengadil supaya memberhentikan perlawanan.

Segera berlari ke arah Hadi yang terbaring.
"Wei..wei..kau dah kenapa ni?kau ok x?",kelam kabut aku,biasanya aku tahu apa yang perlu aku lakukan memandangkan aku memang di dalam bidang itu , aku merupakan pengerusi dalam persatuan Bulan Sabit Merah,tapi kali ini oleh kerana kawan aku yang paling rapat ni yang kena,aku langsung jadi kosong,yang aku tahu aku risaukan dia sangat ketika ini,walaupun kekejangan itu perkara biasa,tapi...entahlah,sukar untuk dijelaskan perasaan aku ketika itu,yang dia pulak asyik mengaduh tak henti-henti,kemudian datang seseorang dari pihak lawan,"kenapa ni?",sapa mereka,"kekejangan",aku jawab pendek.."senang je tu..meh..luruskan kaki dia,pastu angkat",aku pulak jadi macam lembu di cucuk hidung ,menurut je apa yang di arahkan asalkan Hadi sembuh! ,aku segera sambut tangannya dengan niat dapat membantunya bangun,tiba-tiba dari raut wajahnya aku dapat lihat dia senyum..Terus aku lepaskan genggaman tangannya dan tangan dia di sambut oleh pihak lawan untuk bantu dia berdiri.Dalam hati aku kata dia mesti nak sakat aku lagi...eeeiiiii tak guna betul Hadi ni..sebel!
Aku terus berlalu tinggalkan mereka di tengah padang,malu bukan kepalang,walaupun aku rapat dengan Hadi,aku tak pernah pun sentuh dan pegang tangan dia,dia pun macam tu jugak..

Hadi kejar aku dari jauh "Nur ! Nur ! ",terdengar teriakannya dari tengah padang , akhirnya dia berjaya kejar aku.Aku masih geram dengan dia,geram campur malu,macam nak sorok muka kat bawah meja,kalut bagai nak gila,rupanya dia kenakan aku..tak patut betul!


"Nur! pandanglah aku,i'm sorry okay",dia cuba memaut tanganku sekali lagi,namun dengan pantas aku mengelak.."sudahlah tu Hadi! tak baik kau malukan aku depan mereka tadi"
,

"Janganlah marah Nur,acctually tadi memang aku kekejangan otot,tapi aku tak sangka pulak kau care sampai macam tu,pastu sampai tak tau nak buat apa dengan aku..kau risaukan aku betul ye?",nampaknya dia sedang serkap jarang aku , sudah tentu lah aku risau,menyut betul lah dia ni,dia kan sahabat aku,yang aku marah sebab aku sendiri pun tak perasan bila aku paut tangan dia."kau marah sebab kau paut aku tadi ya?",dia masih cuba untuk bercakap dengan aku."Kannn?tapi kan aku ingatkan perempuan ganas macam kau ni,tangan kasar,tapi lembut jugak ea?",kelepuk!! automatik aku tepuk bahu dia dan gelak terbahak-bahak sampai muka Hadi naik hairan..hehe..padan muka dia.

"Sudahlah tu!..haha..lawak ar kau ni,gile betul..aku kan memang pompuan haruslah tangan halus dan lembut..wakaka,bengong!dah lah jomlah balik aku dah penat ni",

"Nur..kau ada boyfriend tak???",eh sudah kenapa pulak Hadi tanya aku macam tu ,mengarut tahap nak kena sepak budak ni..
"Kau pernah rasa kasut size 7 tak?",Hadi cepat cepat berpaling sambil ketawa terbahak bahak sebab berjaya usik aku.

Aku memang pantang betul bila Hadi tanya pasal teman lelaki,tapi dia selalu nak sangat korek rahsia ,sapa teman lelaki aku..Ah! kempunan lah kau..aku ni single available okay!..Perjalanan di teruskan..seharian hang out dengan budak ni boleh jadi bebal aku..wakaka..entah berapa lama lah hubungan kami akan kekal begini ea?


Seperti yang di janji..sebelum malam dah sampai rumah..Depan pintu Hadi hantar aku..dah macam bodyguard pulak..kihkih

Tit..tit..tit...whatsapp berbunyi.."Nur!dah tido belum?","belum lah..nape Hadi?kau demam ke whatsapp aku malam2 buta ni?" , "Taklah..program esok macammana?camping kat Taman Rimba Templer tu?aku tak ada baju uniform tu..", "ohh..hal tu..aku dah prepare awal2 dah..dah tau kau mesti xde punyalah..esok aku bawak..dlm kul 7lbh aku sampai kot" , " ok lah syg..jumpe esok.. :p" , "haaaaa??ap syg???uweekkk.." , dia mengakhiri perbualan dengan emotikon gelak besar..oo suka ea..

Pagi ini kami ada program di Taman Rimba Templer , kami seramai 10 orang terlibat dalam program ini yang memerlukan kami bermalam di sana 3hari 2malam,dalam bas masing masing dah berpakat membiarkan aku duduk berdua dengan Hadi , berjaya trick diorg ye..urmmmm..
Semasa di dalam bas,kami bersembang..sampai satu tahap mata aku sudah mengantuk sangat , aku mintak izin dia nak tidur sempat aku berpesan kejutkan aku bila dah sampai.Rupa-rupanya kami sama sama tertidur,habis kami di bahan dengan budak budak yang lain..apa nak buat..tebalkan jelah muka ni.."Hadi!kan tadi aku dah kate suh kejutkan aku..asal kau tido gak?","ala..sori lah Nur...aku pun x sedar bile aku terlelap..hahaha..syok kau landing kepala kau kat bahu aku ea..ingat bantal ke?"..aku menjeling dan kelepuk!!ha kan dah kena pukul..sakat aku lagi .Sebelum turun kami bertukar jam,motif???tak tau apa motifnya..hehe

Selama di sana aku terpisah dengannya sebab kami lain kumpulan.Aku jumpa kawan baru,seperti biasa kami tukar nombor telefon , bukan niat aku untuk menjalin hubungan pun..hanya sekadar kawan..entah kenapa Hadi seperti kurang senang,sepanjang perjalanan pulang ke kampus, dia langsung tak bercakap dengan aku,whatsapp pun tak berbalas.Berlanjutan selama dua hari , akhirnya hubungan kami pulih sendiri,tetap kembali rapat.

Musim yang aman kami lalui sampai lah suatu ketika .. aku tak tau apa punca kami berpisah sebagai sahabat atau apa..senang cerita mungkin kami tidak saling memahami,tidak percaya,kebencian berlebihan..kadangkala aku terfikir sejenak apa punca kami jadi begini.Gurau senda , gelak tawa semua tiada..dua tahun ia berlanjutan..dua tahun kami tidak menyapa antara satu sama lain..selisih bahu pun kami tak bertegur..bersama dalam satu majlis pun kami tidak bertegur..


Sungguh!aku rindukan sebaris senyuman dari bibirnya..rindu gelak tawanya..segala-galanya aku rindu.Aku tak tahu sama ada dia rindukan aku atau tidak.Untuk menegurnya memang taklah..sedangkan dia lihat aku pun seolah-olah aku ini teruk sangat.Sungguh!aku tak faham dan tak mengerti semua ini.

Rasanya kali terakhir kami bergurau ketika sebelum dia kursus,ketika itu pulak aku dapat tawaran untuk sambung belajar di bidang yang lain,sebelum ini kami dalam bidang yang sama,serba serbi sama..sukan..minat..aktiviti luar kampus semua sama.Aku pun dengan rasa berkobar tukar bidang dan yang pasti kami sudah tidak sekelas.Aku terima sepucuk surat darinya dan dia meminta untuk aku melupakannya.Aku dalam kebingungan namun akur dengan keputusan itu.

Biarlah kenangan itu berlalu pergi..mungkin suatu masa nanti dia akan menjelaskan pada aku.Sejak peristiwa itu memang kami banyak bergaduh dari berdamai,maka untuk mengelakkannya lebih parah,berjauhan dan berdiam diri adalah lebih baik.Tiada lagi gurau senda darinya.

Pasti ramai yang tertanya tanya mengapa?aku sendiri pun tak tahu mengapa.Kami sentiasa bertembung dalam acara sukan yang sama tapi kemesraan itu sudah tiada.Dalam setiap acara memang kami pemenangnya.Acara yang kami masuk pun sama.Ambil hadiah masih sama tetapi untuk melihat segaris senyuman di bibirnya amatlah payah.

Ada suatu ketika batch kami ada program yang memerlukan kami bermalam di suatu tempat.Kali ini kami berlainan kumpulan,malam tu ada malam kebudayaan..biasalah program camping2 sebegini..tema malam tu pasal bola sepak...kalau tak silap demam piala dunia ketika itu.
Malam ni team pilihan yang main "SPAIN"..gempak! selalu fight dengan member gegirl sorg nie..dia sokong England,tapi time tu England dah tersingkir..so malam ni Spain punya game.Masa acara bermula aku duduk di barisan jauh daripada Hadi.Aku rasa aku tak boleh berdekatan dengan dia nanti hati aku sakit kalau dia buat tak tau dengan aku,seolah2 dia tak nampak pun aku berada di situ.Nak di jadikan cerita ada satu kumpulan tu buat lawak kat atas pentas,dah lama aku tak ketawa besar  macam tu..sambil ketawa aku toleh belakang,tak niat pun nak pandang Hadi,automatik!Hadi pun pandang aku..kami bertentang mata!tanpa senyum tapi aku dapat rasakan yang kami perlu bercakap!dari anak mata nya aku rasa ada sesuatu yang kami perlu berbincang.Lama kami bertentang mata dan akhirnya aku mengalah,aku tak boleh nak pandang dia lama2..hati aku sayu! berbulan2 kami tak bertegur sapa.
Berita sedih pun sampai malam ni,Spain pun kalah dan tersingkir..Hadi berbisik di belakangku ketika acara berakhir.."jangan sedih..5 tahun lagi Spain menang"..perbualan terhenti di situ..dia berkata tanpa memandang wajah aku pun.Dalam hati terkejut..tapi kami berdua tetap membisu sehingga majlis berakhir..

Keesokkannya,riadah pagi aku bersama pelajar lain bermain bola keranjang , Hadi juga ada tapi dia hanya merenung dari jauh , tetiba aku di tolak pihak lawan..terus jatuh! aduh!sakitnya lah..tanpa bantuan sesiapa aku meninggalkan gelanggang.Minggu sukan bermula selepas aktiviti perkhemahan.

"Himpunkan kenangan indah..simpanlah senda gurauan andainya kau kerinduan itulah jadi penawar"..lagu memori berkasih berkumandang..hurm..aku dan Hadi tak pernah pun bercinta tetapi mengapa perpisahan ini sangat menyakitkan..adakah dia pun rasa apa yang aku rasa?baru-baru ini kami bertembung , hampir beriringan menuruni anak tangga namun aku mempercepatkan langkah,aku tak sanggup bertentangan dengan matanya yang begitu bencikan aku..selangkah aku menuruni tangga kedengaran suara halusnya mendendangkan lagu memori berkasih.."himpunkan kenangan indah..."langkahku terhenti dan segera menoleh..di matanya tiada kebencian tetapi ada sesuatu yang tak dapat di ungkapkan..adakah kami sama-sama ego?mungkin , aku pernah sekali minta penjelasannya tetapi dia tetap dengan pendiriannya tidak bercakap dengan aku walau sepatah kata pun,pandang aku pun dia tak mahu..padahal ketika itu aku berhadapan dengan dia.Sejak itu aku dah tak pernah cuba bercakap dengannya , hati aku kecewa dengan apa yang dia lakukan tanpa sebab!.

Cuti semester dah nak bermula , kampus telah mengadakan program lawatan ke Pulau Pinang , ketika ini mungkin aku sudah sedikit tenang dan berjaya melawan perasaan kecewa serta perlahan lahan menerima kenyataan yang aku dan Hadi tidak akan mungkin jadi seperti dulu..itu semua akan jadi memori terindah..inshaa Allah.
Dalam perjalanan aku rasa badan aku tidak sihat , kepala sakit,pening,mual makan pun tak selera.Ada beberapa rakan mendekatiku untuk mengubatiku tapi tetap tidak pulih dan tidak kurang,sampai satu tahap yang aku pasti Hadi jadikan kawan dia iaitu Nazri sebagai perantara,Nazri  bagi aku gula gula segar yang boleh menghilangkan rasa loya.Nazri berbisik mengatakan ia daripada Hadi,hati aku tersentuh dan terusik,tak sangka dia masih peduli tentang aku.Alhamdulillah selepas itu aku tidak lagi muntah-muntah ,aku dapat terlelap dengan lena sehingga sampai destinasi.
Dengan langkah longlai aku melangkah keluar bas,hampir hampir terjatuh kerana hilang keseimbangan,Hadi sambut untuk mengelakkan aku terjatuh.Namun tiada sepatah kata darinya,aku juga tak ingin memaksa,biarlah masa menentukan.
Sesi fotografi bermula,Nazri berbisik denganku mengatakan Hadi mahu mengambil gambar bersamaku,aku terkejut namun sedikit gembira.Kami bergandingan bersebelahan tetapi tanpa sepatah kata,hanya tersenyum antara satu sama lain.Matanya yang redup seperti ingin berkata sesuatu namun tak kesampaian.Berakhir kisah cuti semester aku yang bagi aku tidaklah teruk.Balik kampung....abah..tunggu aku balik!!!!

Setelah cuti semester habis,aku berangkat pulang ke kampus,setelah 3hari di kampus aku tercari cari Hadi,kemana dia pergi ye?rasanya aku tak pernah bertembung langsung dengan dia.Aku nekad nak tanya Nazri lah,salah satu sahabat yang dekat dengan dia sejak aku tidak lagi rapat dengan Hadi.
Aplikasi whatsapp di buka,"Assalam Naz,ini Nur,boleh Nur tanya sikit?","Yup Nur!ada apa yang Naz boleh bantu?","Rasa dah 3hari Nur tak nampak kelibat Hadi..Naz tau tak dia kat mana?dia sihat ke?","Maaf Nur,rasanya tak sesuai untuk kita bincangkan hal ini dalam telefon,boleh Naz jumpa Nur?",jantung aku berdegup rasa takut dan rasa tidak sedap hati,kenapa sampai Nazri nak jumpa aku ya?hurmmm..mungkin Hadi benar-benar telah buang aku sehingga dia tak mahu bertembung denganku."Naz..Nur setuju untuk jumpa,petang nanti lepas kelas kita jumpa di cafe ya?","baiklah Nur,nanti kita jumpa.

Dari jauh aku sudah lihat kelibat Nazri menungguku bersendirian dengan muka sugul.
Aku:Assalammualaikum Naz,maaf Nur lambat,ada urusan sikit tadi.
Nazri:Eh tak mengapa Nur,Naz tengah free ni,tak kisah tunggu lambat sikit.
Aku:Kenapa buat muka macam tu?ada masalah yang Nur tak tahu ke?last cuti semester masa kat kampung pun tak nampak Hadi dan family dia..diorg g oversea ke?
Nazri:Terlebih dulu Naz nak minta maaf kat Nur sebab rahsiakan semua ini..
belum sempat Nazri habiskan kata aku telah memintas
Aku:Kenapa?Hadi dah kawin??
Nazri:Nur...tak seperti yang Nur fikirkan,jangan fikir yang bukan2..
Aku: Jadi????
Nazri:Sebenarnya Hadi minta Naz rahsiakan semua ini daripada Nur , tapi Naz dah tak sanggup melihat dia dan Nur jadi begini,Sekarang Hadi berada di hospital sedang menjalani rawatan untuk barah otak,sekarang Hadi buat kimo kali ke 3.
Tenang sahaja Nazri memberi penerangan..sedangkan aku bagaikan halilintar menampar wajah,benarkan apa yang aku dengar ini??sungguh kah apa yang sedang di hadapi oleh sahabatku itu??ketika itu juga aku merasakan yang aku ini sahabat yang kejam!Allah..maafkan aku kerana telah buruk sangka dan membencinya untuk sekian kalinya..
Aku:Since??...(kelu lidah untuk menyambung kata..)
Nazri :maaf sekali lagi..since korang tak bertegur sapa..time tu dia masih baru lagi..keadaan memburuk bila mana dia tak nak jalani apa2 rawatan ketika itu..

No comments:

Post a Comment