bunga

My Blog List

Thursday, August 14, 2014

Geram! Sedih ! Marah!Rasa Nak nangis pun ada..

13 ogos 2014
06.30 pm
Perjalanan Balik Dari Tempat Keje

  Hari ni aku tumpang laki aku balik keje , kitorg naik lori jadi agak lambat sampai rumah hari ni , gerak dari klinik pukul 06.30 pm.

Dalam pukul 6.45 pm , kakak aku yg kat kampung wassap kat group family , dia kata "Xtau nak cakap macammana , marah ada , sedih ada , geram pun ada " , Aku pun shock lah.. udah kenapa pulak tadi pagi x ada apapun kat rumah , semuanya ok , anak2 pun xda masalah.
Pastu dia cakap , tadi masa dia balik dari pasar Kem kat tiram buruk , baliknya dia lalu Tiram Jaya n lalu depan kubur ,masa nak balik tu dia nampak nisan kayu bapak dah di cabut n di campakkan ke tepi dengan bertaburan kain putih kat tepi kubur bapak,keadaan sangat sedih!

Aku tak ada banyak cakap aku cuma tulis ,sapa yang buat tu???BODOHnya!!!! kakak kate x mungkin binatang , keadannya x macam binatang yang buat , aku tambahlagi , iyalah binatang mana ada tangan!!!Astaghfirullahallazim..sakit nya hati , dah bertahun benda tu kat situ xde sapa yang usik tetibe jadi macm tu..mulalah aku nak sangka buruk..tp Fiqa kata "kak da..jangan suuzon!" , eeeeiii...aku x puas hati betul!!

Iwan kate suh ganti nisan batu , tapi aku tegaskan kat dia arwah bapak dah cakap "jgn letak nisan batu andai bapak dah xada nanti , nisan batu tu mmg x mahal , tapi tanah kubur tu bukan milik kita seorang , satu masa nanti akan berganti juga,anak2 kene rdho, tanah kubur itu tanah wakaf , jangan beratkan abah kat dalam tu ya..ingat pesan abah!" , nah itu dia pesanan yang masih segar dlam ingatan aku dan juga membuatkan airmata aku menitis dengan laju.

Kakak n abang2 aku yang lain semua dok tenangkan kami yang dh nak meletup kat kampung ni..ok fine..
mudahmudahan Allah bukakan pintu hati orang yg buat tu agar memohon maaf kepada kami sekeluarga.
Aku takkan maafkan orang yang buat tu sampai orang tu sendiri datang dan minta maaf pada kami semua..
Allah tu Maha Adil..biarkan..satu masa nanti dia akan rasa apa yang kami rasa..

Alfatihah untuk abah dan mak !

No comments:

Post a Comment